Tuesday, 18 February 2014

Abah

Assalamualaikum

Semua orang ada abah ayah bapa tidak kiralah apa sekali pun panggilan, insan ini lah sentiasa bersama kita. Tnpa insan ini tiadalah kita didunia ini.

dear abah.. lelaki pertama dlm hati along. lelaki pertama yg paling along syg. dia adalah cinta hati aku. abah lelaki yang paling sempurna dalam dunia ini. tiada lelaki lain yg seikhlas hati seorang abah. abah lelaki yg xkan pernah memecahkan haty perempuan ini malah ia pelihara hingga mati. abah aku kesayangan aku kekasih aku ....abah jgn tinggalkan along sampai bila-bila.. apa layak aku bagi tak terbalas sampai matii....
kalau dah namanya abah setiap yg diberi tidak pernah menipu... I do luv you abah so much... forever till jannah.

Sunday, 16 February 2014

Hilang

Assalamualaikum :-)

Dear blog yg menyimpan seribusatu hal rasa hati. Berharap masih sudilah kau mendengar dan menerima bebelan aku ye blog :-D
(cakap mcm blog ni faham semuanya)

Hilang..itu Post title...
Dah byk yg hilang
Ye ak merasa kehilangan
Benda yg aku syg hilang.
Aku kehilangan dua org. Mereka adalah kesygan aku. Namun ak redha ada hikmh disebalik kehilangan.
Aku takut utk menerima knyataan andai aku hari nnti aku hilang lg mereka yg mnjadi kesygan aku.

Kdg2 khadiran org dlm hidup kita hanya menyapa kemudian hilang entah kemana.

Bye

Saturday, 15 February 2014

Single

Assalamualaikum :-)

Alkisah terjumpa kawan lama. Sembang sembang lalu tersentuh isu "pasangan"
"Eh kau bila lagi semua periuk nasi minyak dah berasap, ko bila.. Aku ni ha tunggu nk meletup je heee ank satu"
Jawapan mudah dari aku "rahsia Allah tak de org berkenan, nanti ada aku jemputlah"
Kata si kawan "la kau memilih sgtni, tipulah takde org mahu" eh apa cerite dgn yg dlu ha yg kwn baik ko tu mana eh"
Jwpn dari aku "milih benda mmg xdela" "dlm haty aku kenapalah tny lagi tentang mereka"
Kesayangan dulu telah menjadi kebencian sekarang
Kwan baik yg dlu sudah menjadi org asing dlm hidupku.....

Si sahabat berkata "untung sesiapa memiliki ko syafika sbb ak yakin kau pecinta setia, org yg baik akn dikurniakn org yg selayaknya, bersabarlh dgn ujian Allah, lupakan merekA aku tk pernah lalui ditempat ko tp ak dpt merasakan kepritan itu"

Aku hanya tersenyum dan tpkir masih ada ke kbagiaan dlm hidup ni lalu brdoa dlm haty agr masin mulutmu sahabat! Tetapi aku sudah bahagia hampir dua thun hidup sendiri tnpa perlu menjaga haty insan lain. Cukuplah adanya ma abah adikbrdik famly dan besties setakat ini.

Bukan aku kaku tiada rasa ingin ada cintA spt org lain. Rakan2 sebaya aku ada yg sudah berkahwin memiliki cahaya mata, ada yg telah bertunang menunggu hari bahagia ada juga yg mempunyai pasangan melangkah ke next step. Aku gembira melihat merekA. Aku terpikir aku juga mahu seperti mereka tetapi tiada yg berkenan dihati aku. Aku mahu seorg yg boleh trima ak seadanya siapa diri aku kekurangan dan kelebihan yg aku ada. Yg paling penting ikhlas ye dan baik akhlaknya. Seseorang yg membimbing bkn menghanyutkan.. akan ketemukah nanti?

Selamat petang

Thursday, 13 February 2014

Harta dunia akhirat

Assalamualaikum :-)

Menu cintaku hari ini, hangat peluk kasihmu
Menu cintaku hari esok, perhatianmu
Menu cintaku hujung minggu, waktu denganmu
Menu cintaku selama-lamanya, kasih sayangmu

See.. Menu cintaku.. Jangan salah pham bukan cinta sesama manusia blainan jantina ye....

Rasa nak membebel malam malam cm ni.
Tadi keluar balik ma bukakn pintu...
Masuk ke rumah lalu tengok wajah ma aku. Cantik! Ye pada aku dialah wanita yg pling cantik.. Tapi tetiba sayu.. How come one find day aku dah x de dia. Oh ya Allah aku tak tahu mcm mana nak teruskan hidup tanpanya!! Ma i luv u so much... Ya allah kau panjanglah umur kedua ibubapaku. Amin..

Abah...  lelaki pertama dalam hati aku. Dia lah yg ada masa susah sedih payah aku. Thanks abah membesarkan Along. Maaf along masih tak mampu membalas jasa ma n abah. InsyaAllah suatu hari nanti.

Bercerita soal ibu ayah sampai bila bila pun x kan habis.. Terlalu banyak ingin dikongsikan...

Siapa yg ada tatkala aku jatuh tatkala aku tersungkur... Tatkala aku sesedih2 manusia segagal manusia.. Tak de siapa melainkan mereka..

Saat tu barulah aku tau cinta yang sebnar.. Cinta hakiki adalah cinta kpd pencipta kita. Dan cinta yg xkan pudar lusuh dan x kan hilang cinta antara anak dan kedua ibu bapa kita.

Tiada harta yang lebih bernilai untuk aku tatkala ni... Mereka ye ma n abah harta kesayangan aku dunia akhirat.

Ayah.. terima kasih atas segala cintamu
Ibu.. terima kasih dengan menu cintamu

Kau berikan aku semua yang ku perlu
Kau pupuk diriku dengan tulus cintamu

"aku rela hilang barang beratus beribu namum aku x mampu dan x merelakan kehilangan kedua ibu bapa ku"

Cinta sayang along pd ma n abah melebihi cinta syg along pd diri sendiri....

I do luv you both ma abah <3

Selamat malam

Tuesday, 11 February 2014

Selamat pagi

Assalamualaikum :-)

Selamat pagi dunia.. What a day! Gila lambat bangun tidur.... Shhh diam jgn bgtau sesiapa.. How's ur dy guys? Hihi gilee terbabas sampi 10pg. Aduhai...

Ha!! Bosannya lah.. Bangun mandi basuh kain sidang kain bfast... Bla bla bla.. Hari hari bendanya sama.... Hmmm bsabar laa

Haa nk bgtau ni mlm tdi gilerr mimpi pelik.. Mimpi lawan2...mimpi gaduh2.. Ntah benda la lagi..Banyak sgt tu yg lewat bgn tu. Tp skrg nk cter dah lupa lak mimp apa..hahaaha....

Ok la nak cakap tu je pun... Nak masak lunch.. Ok bye :-)

Have a great day.

Monday, 10 February 2014

Crush

Assalamualaikum ;)
Kebosanan. Tak tahu nak buat apa. So aku mahu merepek disini. Korang pernah dengar pkataan "crush" okay actually aku sendiri baru tau maksud perkataan ni. Rasa mungkin perkataan dak dak zaman sekrang kot. Tapi tak sure lah pulak dalam dictionary wujud atau tidak perkataan ini..
Crush yg aku paham dan crush yang aku nal citer sekrang ni ialah.... Jeng.. Jeng..jeng... Okey ikut fahaman aku lah kan crush ni mcm someone kita suka minat tapi orang tu x tau pun sebenarnya. Dalam senyap lah... Hihihi. Jangan buat selalu sbb bahaya kot.. Seperti memperjudikan hati n perasaan sendiri nokk!! Kita dok syok kat dia.. Tut tut dia update fb in relation with blah blah..X pum married with.. Hahahaa makan diri...kalau makk la nyahh mengangis 7hari7mlm.... haha
Korang ada tak? Hahaha dulu aku pernah la ada crush ni. Kah kah kah. Jangan gelak ye. Crush aku masa tu kawan baik aku sendiri. Tp finally dia tau!! Tapi relation friendship  kami  mmg byk masalah pun and akhirnya semua end up macam tu je. Dari bestfried terus jadi strangers sekarang. Hahaha tu dulu la. Aku pun dah leh trima keadaan yang aku dah hilang tempat texting dan otp. Hehe memang hidup aku 100% berubah.. Dia bukan boyfriend aku tapi dah mcm bf la 24/7 kot dia selalu ada utk aku. Texting n otp perkara wajib! Tapi sekrang dah takde dan aku pun da okay terima takdir ini
Okay.,selamat malam :-)

Thursday, 1 August 2013

bilaa manusia meletakkan "saat menyayangi seseorang".....

"Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...
SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak
peduli bagaimana pun keadaanmu." 

Friday, 26 July 2013

Mulut pandai menafikan

Assalamualaikum :)

Walau mulut mampu menafikan tetapi hati mengiyakan. 
walau mulut boleh berselindung tapi hati tak pandai berbohong. 
walau mulut boleh menidakkan tetapi hati tak mampu untuk menahan apa yg dirasakan.


Saturday, 6 July 2013

Kawan tidak lebih


I just want to say that I treat my friends all the same. 
Maybe I used to exchange songs with you, 
hang out with you or give you advice and support when you were down, 
but it doesn't mean that I have a crush on you. 
You are special because you're my friend but I've never think of taking you as my life partner.  

P/s : u're just my friend, not more than that! Furthermore, we know through social sites. Tolong jgn buat saya rasa menyampah!

Monday, 24 June 2013

Tujuan saya create blog ini

Assalamualaikum :)

Hai musim jerebu melanda negara kita, Malaysia. Jerebu dah sampai Perak, macam mana tempat anda semua? Harap semua jaga kesihatan pakai mask okay!

See my entry title, tujuan saya create blog. Okay semua orang yang create blog pasti ada tujuankan. Apa tujuan korang create blog? Heee nak menulis tapi tak banyak idea sebenarnya. 

Nak cerita hal diri sendiri dalam blog ni, so orang kata macam diary online. Tapi kalau terlalu banyak cerita, macam orang tau je siapa diri kita, sifat kita, perangai kita. Contohlah kita luahkan rasa hati, kita marah, kita suka, kita sedih, kita sayang, kita rindu dan etc. Tak ke orang tau everything about kita. Tapi mungkin juga ini salah satu tempat untuk meluahkan apa yang terasa dalam hatikan ? betul ke pendapat saya?

Ha ha ha okay sebenarnya alkisah saya create blog ada la beberapa sebab. Okay firstly, saya create blog sebab saya tengok ramai kawan yang ada blog yang comeyl, so terpengaruh then terhasillah sebuah blog. Actually rasanya ni blog ketiga dari saya. Yang pertama saya buat tapi finally tak wujud lagi sebab saya delete email yang digunakan utk blog itu. Maklumlah ketika itu, masih buta it, tak tahu pula, kalau delete email, blog pom arwah. Hehe. Kedua, saya sendiri delete blog itu sebab blog itu terlalu banyak kenangan dan cerita cinta bersama bekas cinta. Jadi utk mengelak diri terus meroyan, lebih baik di buang, dan ini adalah blog ketiga harap ia bertahan dan terus bersama saya ke akhirnnya. hikhiks.

Okay, kedua saya create blog ini konon-kononnya, bak kata orang "sharing is caring". Nak share informasi, nak share isu semasa, share apa saja yang berguna. Tapi rasanya macam matlamat saya ni failed!! sebab sekali tengok macam sedihlah juga blog saya ini tak ada readers setia. So finally senang cerita, blog saya blog syok sendiri. hehehe :p
*sumber en. google

Ketiga, orang kata buat blog ini boleh tambah pendapatan. Tapi ini lagilah terang terang saya dah gagal. Haha mana nak datang duit kalau takde siapa nak baca n mnyumbang apa-apa. Kadang-kadang saya sendiri blur tentang ini. Aptb !! 
*sumber en. google

Seterusnya, nak luah perasaan. Haha kadang-kadang saya pikir ini macam merujuk pada saya. Tapi kadang kadang terasa menyampah dgn diri sendiri! nak luah perasaan kat sini ke? erm entahlah sendiri pun tak pasti. kata orang ia menunjuk keperibadian kita. Tapi kalau fikirkan semula, dari terus stress sakit hati or whatever sampai dapat title "sakit jiwa" lebih baik diluahkan saja di blog, asalkan jangan sampai menyusahkan orang lain dan janganlah sampai menampakkan keburukkan diri kita. "cover sikit" hiihihi.
*sumber en. google

okay, dah tujuan asal buat blog ini failed, senang cerita kita buat tujuan baru. Saya create blog ini utk menulis apa sahaja yang saya lihat, dengar, rasa, nampak dan saya lalui. Ibarat deria rasalah, tidak semesti hanya kisah saya, tapi ia universal. 
*sumber en. google

Okay, setakat ini saja saya merapu.
Bye. 

Saturday, 22 June 2013

Business Maths killer utk saya!

Assalamualaikum :)

Rasanya macam dah lama tak update belog ni. Rindu pula dgn belog saya ni. Sebenarnya lately saya amatlah busy. okay, nak tulis apa ye? Tak ada idea!! Actually sekadar nak cerita pasal satu subjek yang amat saya minati. Yes! terlalu minat tapi subject ni susah sebenarnya untuk saya. Macam mana tu, minat tapi susah pula. Hehe. Nak tahu subjek apa ? Ha ye, betul tu cik kiah!! "Business Maths"

Bayangkan utk first seminar saja dah habis cover dua chapter! Terkial-kial saya mengikut rentak lecturer tu. Sumpah laju macam robot! Dua jam utk dua chapter! Teramatlah mencabar untuk mengulangkaji sendiri!
Kesiankan pelajar pjj macam saya ni! Tapi tak apalah usaha tanda kejayaan!

Memang tak dinafikan saya pernah belajar subjek ini ketika mengambil diploma in banking 3 tahun lepas tapi...... alkisahnya jawapan paling mudah "study masa exam je" so. .. faham fahamlah ye. "cikkiah dah lupa"
Dengan formula konsep algebra udah berbelit otak saya. 

Sumpah sekarang saya amatlah stress menyelesaikan soalan assignment. Bertambah stress bila jawapan berbeza-beza dgn kawan-kawan. Bukan sorang tapi berorang - orang. Fikirkanlah satu soalan ada 3 jawapan yang berbeza. Udah, sapa yang betul ni! Ish, lecturer suruh bincang dgn member-member tapi kalau dah semua ajaran sesat tak guna juga! "protes dan tak puas hati" (tak pasal je kalau lect tu baca post ni, terus tolak semua marks tugasan saya) "Maaf puan ^_^" 

Sampai sini sajalah coretan yang merapu dari saya.
Semakin hari post semakin tak menarik, nak upload pics penyeri post dah malas.
Mata dah layu, tapi tak boleh tidur. Jom main game!!
bye :) 

Tuesday, 28 May 2013

Dapat surat dari PDRM

Assalamualaikum :)

Hati berbunga-bunga, rasa excited sangat saya ingin update blog comeyl saya ini. Sepuluh jari yang tersusun comeyl ini menari-nari tak sabar menaip setiap huruf di lappy ni :) 
See sungguh excitedkan!

Okay, nak tahu kenapa saya teramatlah gembira hari ni? Kenapa gembira, kenapa tak sedih? Tengok entri tu, surat dari PDRM! Kalau PDRM mesti kita fikir surat saman! Sumpah, saya teramatlah terkejut pada mulanya!

Okay, sebenarnya saya happy sebab PDRM bagi surat panggilan pemeriksaan fizikal utk perjawatan PDRM.  Oh! Ha! "kau dapat panggilan polis?" biar betul?

Actually, saya pun sangatlah tidak percaya kerana rupa saya ni boleh panggil, alomak! kuat nangis, kuat touching, haha yang lembik2 saya lah!

Semalam, pagi-pagi lagi, dapat panggilan yang tak dikenali. Seperti biasa, tabiat dari azali, orang call, bila angkat, saya tak akan mulakan perbualan. "Diam saja, sehingga pihak yg telefon say "hello".

Pihak IPD - hello.. hello (nada yg tegas)
saya - diam seketika - "hello" (nada yg teramat malas)
Pihak IPD - apa ni, baru bangun tidur ke ? (tegas) cik syafiqah ada?..
saya - hmm siapa ni, ha ada kenapa (malas gila nak cpt, sibuk buat kije)
Pihak IPD - saya telefon dari balai, nak bercakap dgn cik syafiqah
saya - Dengar je balai, terus, muka saya jadi serius, jantung laju gila! Dalam hati berkata, apasalah aku,pulak da balai telefon, sapa buat laporan ni, mati lah aku, aku ada buat salah ke! macam2 la saya fikir!
Pihak IPD - Ada mohon jawatan PDRM? Sila datang ambil surat temuduga di cawangan Latihan di IPD Tk Intan pagi! 
saya - terpinga-pinga, rasanya ada, baiklah, terima kasih Encik!
Pihak IPD - Datang bila ni? Datang pagi ni okay ( tegas gila)
saya - Baik, ni nak kluar la ni. Ok trmas.

Ha macam tu la perbualannya! Hahaha gelak sorang-sorang, dalam hati syukur walaupon hanya panggilan saja! belum dapat lagi tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mencuba! Timba pengalaman baru!

tiba-tiba 'throwback" perbualan lepas bersama family.

"along harap sangat along dapat kerja gov, jawatan SPM pun tak pe! Jawatan PMR pun takpe(hee, gaji sikit xpe, asalkan gov), Dapat polis kelulusan SPM pun dah alhamdulillah"
Ya Allah, masin mulut aku! 
Yakin rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah

Terus bagi sms pada mama "ma, polis panggil along". terkejut bonda saya! ingatkan saya kena tahan polis, hehe! sorry ma, buat suspen! Ma ckp alhamdulillah, ma suruh cuba nasib! (Dalam hati sebenarnya berdebar, takut sgt sbb polis, haha saya takut dgn polis).

Call abah, abah kata "abah suka saya dapat polis, tapi fikir baik-baik mampukah! tapi x pe, pergi je dulu step yang pertama ni"

Terus keluar, pergi IPD dan finally dapat lah surat itu. Kata En. polis tu, ha kalau rajin tengok lah nama kat sistem online, tak nak pun takpe! gatal tangan cari sistem online, masuk ic dan resultnya adalah seperti itu! tengok bawak!



Dalam hati tetiba teringat, dulu-dulu pernah tengok cerita orang training polis.
Macam seram
macam mencabar
menakutkan
tetiba tegak je bulu roma tengok ni!
Belom lepas ujian fizikal, dah start fikir macam tu!
terfikir juga, lepas ke ujian fizikal ni.
2 tahun sudah gagal ujian fizikal penguatkuasa JPJ sebab tangan bengkok!
hmm ada peluang ke untuk jawatan PDRM ni.
takpelah, usaha doa tawakal!
Insyaallah.

Nak pergi ke tak nak? pergi? tak? pergi? tak? confused! tapi semua bagi sokongan kata saya perlu pergi!

Teringat kata seorang kawan "aku sokong ko jadi polis! Muka kau tegas! Mesti lepas tu semua mat rempit taubat nak merempit" 
tergelak2 saya, emmmm "garang n tegas ke wajah saya" tertanya-tanya! hehehe


Dear friends : Doakan yang terbaik utk saya yea :)
Assalamualaikum :)

Wednesday, 15 May 2013

lelaki dan perempuan boleh ke declare bestfriendforever?

Tetiba rasa nak tulis mengenai topik ini.. Lelaki dan perempuan boleh ke jadi bestfriendforever? Anyone kata boleh? Anyone yang kata tak boleh? Please share korang punya pendapat. For me, Qa sendiri tak tahu. Till now, Masih tercari-cari jawapannya. 

Okay kalau bercerita based on Islamic view, pergaulan antara lelaki dan perempuan ni ada batasnya. Mana boleh main redah je, even kawan baik pun still ada limitnya. Lelaki and perempuan kalau tak ada batas bila korang dah halal kat sisi Allah je. 

ouhouh back to our topic on discussion, betul ke lelaki dan perempuan boleh declare bestfriendforever?
mungkin yes mungkin no.. tapi jawapan yang lebih accurate lebih kepada No. they cannot be bestfriendforever. Percayalah! kalau ada pun sikit sangat!

*sumber : en. google

Ha, betulkah lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan rapat ?
huhu, on the reason, either one of them will fall in love with another.  it is true ? for me, it is true!! based on my experinces.

Pada saya, dalam persahabatan antara lelaki dan perempuan, normally lelaki dulu yang akan senang falling in luv berbanding dgn perempuan.. bukanlah sesaja nak condemn kaum adam ni. Tapi ni apa yang Qa nampak depan mata.

okay, see bila korang dah kawan baik, mesti korang akan share everything dengan dieorang. kalau kawan baik between perempuan. It's okay. tu pun kadang-kadang da over limit mengalahkan pasangan bercinta! setuju tak? ahhahaha tapi how come kalau bestfriend korang tu antara lelaki dan perempuan, bila korang share everything tak kan ke one fine day akan timbul perasaan lain ? ni no comment, siapa yang pernah melaluinya mungkin akan merasakannya.

normally, perempuan ni bila dia ada kawan baik lelaki, kalau dia sudah ada pasangan, she will setia pada pasangan dan pertahankan yang kawan baik dia itu cuma kawan not more than that. Tapi lain pula bagi lelaki ni, bila dia dah ada kawan baik perempuan plus kawan baiknya itu sangat menyenangkan dan always melayan baik, tak mustahil, he will falling in luv pada bestfrend dia and in the same time, mungkin boleh curang. ohmy Allah jauhkan sifat itu ok.

okay, see satu situation, lelaki n perempuan ni kawan baik dan declare as bbf, lelaki ni actually dah ada girlfriend tapi malangnya, hubungan dia ngan gf nya bermasalah. so, yang menjadi pendengar setia masalah si lelaki ini adalah bff nya. So, ibaratnya bff dia ni seperti Dr. Love la.. Do u know Dr. Love ? Dr. Love adalah bila someone dtg mengubatkan hati after someone ni putus cinta. Macam-macam cara dengan memberi nasihat, make his happy dan for surely asked him back to basic ingat Allah... Yes then lelaki tu tak sedih lagi. But! remember even orang kata doktor tak boleh jatuh cinta pada pesakitnya tp dr.cinta adalah sebaliknya. Kes sebegini selalu nya terjadi.. tak percaya? tanya pada saya... So ladies, please beware, niat kita cumaa untuk mengembirakan bff kita tapi adalah sebenarnya tindakan kita itu salah..


*sumber : en. google

ada juga kisah-kisah bff (berlainan jantina) lain :

bff --- falling in luv (lover) --- married --- eppy ever after --- applause

ada juga

bff --- falling in luv (lover) --- clash --- strangers --- huh! menyesalnya

ada juga 

bff --- luahan hati --- jauh diri --- gudbye.
ada juga

bff--- terus forever berkawan--- masing-masing dgn pilihan masing-masing ---- still bff till anak cucu
(tapi percayalah ini tersangatlah kurang)


mesti pelik bila salah sorang dari korang meluahkan isi hati korang..
tak ke rasa pelik
eeuuhh kalau kena reject mesti malu macam nak sorok muka dalam guni.
lepas tu terus gaduh-gaduh.
lepas tu bff korang entah kemana 
apa pun tak dapat.
kalau ada respon yang baik untunglah..


see boleh ke korang nak bestfrendforever... kalau one fineday, salah sorang kawen dulu, nanti sure korang akan rasa kehilangan. Plus kalau korang ni bestfrendforever yag giler-giler hari-hari ctc, texting, calling, jumpe berjimba mengalahkan couple. normally mmg pon bila korang declare bestfrendforever korang akan jadi diri korang, korang x cover diri korang, Tak macam bercinta, msti korang poyo-poyo kan control cover sini.. See tengok bila da bff ni relation korang sebenarnya lebih rapat. then bila satu hari nanti, salah sorang ada life baru, masa tu korang akan menyesal gila.. kalah putus cinta.. Yeala bila nanti salah sorang ada life lain, mesti korang dah xde lagi spend time macam dulu hari-hari calling, texting, koraang dah tak boleh nak lepak-lepak. 

Mungkin penulisan ni tak cukup padat sbb kekangan idea dan malas nak taip lagi.. so, apa pun kesimpulannya, pada saya adalah amat sukar sebenarnya korang declare bestfriendforever berlainan jantina. Ni semua adalah pendapat Qa, tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.

Okay, sampai sini saja.



Friday, 10 May 2013

syukur alhamdulillah

Assalamualaikum :)

Hai semua.. ohmyAllah... lama rasanya dah x menjenguk blog kesayangan hamba ni. Bersarang sudah nampaknya.. Hee.. Maklumlah lately rasa macam malas sangat nak menaip.. Tapi, disebabkan ada sesuatu yg amat menggembirakan hati ini... Now, I want to write and share the good news dekat sini..

Okay, actually cerita ni macam dah basi la jugak. Tapi do I care, nak cerita juga.. Firstly, syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas pemberianMu...

9/5/2013 - Hari yang dinantikan, tersangatlah berdebar. Rasa ingin tercabut jantung ini menunggunya. Online dekat Ined inform that result akan keluar jam 9.00pagi 9/5/3013 melalui email or check di student portal. Okay hampir-hampir pukul 9.00pagi dengan perasaan penuh excited dan keseraman kegatalan tangan makin menjadi-jadi..Pergi log in email.. OhmyAllah, see ada email dari uitm. Lajulaju klik tengok result..
*
**
***
****
*****
****
***
**
*

tergamam, terkedu, terkaku
tetiba mata jadi panas 
mengalir mutiara ke pipi
Terima kasih ya Allah
sujud syukur Qa masa tu..

Mungkin result Qa tidak segempak orang lain.
Tapi for me itu da cukup gempak utk Qa yg malas studi ni.
Alhamdulillah.

-
------
---
---
----
---
---
-

Masih x percaya dengan result tu, laju-laju pergi check dekat student portal..
sekali lagi Qa zoom result tu..
rasanya berkali-kali tengok result tu.
bkan apa sebab x percaya.
yes memang x percaya sangat tak percaya...
yup, ternyata itu adalah result Qa..

Lajulaju capai handphone n update bbmstatus, eh bukan!!
capai handphone call ma n abah.. 
Mereka heppy ...Aku heppy kerana buat mereka eppy.


Alhamdulillah sekali lagi.
Thanks to my parents and family, kawan-kawan yang sentiasa support.
Thanks to pada someone yang mencabar saya..
To someone tu :) see I got it. even sekarang awak bukan dengan saya lagi. Tapi saya dah sahut cabaran awak. Walaupon awak jahat, thanks sebab selamani bagi semangat pada saya. :( 

Salam.

Wednesday, 17 April 2013

Please don't tell me your heart's intention ... Please go!

Assalamulaikum dan selamat pagi :)

hai guys. How are you today? There is no something special I want to write... but I wanna shared my feeling right now...(saja-saja nak tulis omputeh la konon, english berterabur)

credit to : google

Please don't tell me your heart's intention 
Because it will only add to the pain 
Let my heart heal by itself 
Please don't tell me you've started to hate me 
I know from your action and your moves 
That some things are bothering your mind 
I know you are not like before 
Time has changed our love for each other
I realized that the light has dimmed 
Our hearts are more weary 
And it's testing our patience
But I find it hard to let go
If you wish to go away 
Please grant me this wish

credit to : google


I don't feel like understanding
Or face the reality 
That you are not in love 
I don't wish to know what happened 
You have someone new
Let me quiet my heart
Please don't tell me what you are feeling
Because I can read them
Don't
have to say goodbye
Go, but please don't tell me

credit to : google

salam ukhwah^^
have a nice day guys!



Monday, 15 April 2013

Terkejut! Happy! Tak percaya!

Assalamualaikum readers :))

Hai semua, hehe (bagi salam macam ramai readers) .. Tengok entri tu.. Just nak meluahkan perasaan ketika ini. Qa tak percaya plus terkejut dan in the same time, seronok sangat syukur alhamdulillah.

credit to : uncle google

okay! kenapa seronok?
Jawapan : carry marks saya tidak seperti yang saya jangkakan!

Sebab terkejut & tak percaya?
Jawapan : sebab dulu Qa tak pernah dapat macam ni!

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Usaha aku membuahkan hasil.. Memanglah orang akan kata "alah,baru carry marks, bukan final exam or final marks!" 

Tapi kalau korang belajar di Universiti or mana-mana pusat pengajian tinggi tak kira diploma atau ijazah dan sebagainya mahupun sijil, pasti korang merasakan bahawa carrymarks itu amatlah berharga!! 

iklan
^
^^
^^^
^^
^

amatlah tidak percaya! betulkah itu atau tersilap key in miss mazuin?
I got 39.5/40 marks for politic science.
Syukran terima kasih Allah.


Dah satu lagi I got 55.2/60 marks for csc subject.
Berkali-kali tanpa jemu Qa tengok marks ini,
mana tau silap tengok ke. hehehe
Ahlamdulillah.
Ma! Along dah lulus subjek ni! hehehe
Harap2 dapat lebih baik bila di campur dgn marks final exam paper.
Amin..

pesanan : saya tidak bangga tetapi sekadar ini meluahkan kegembiraan yang saya kecapi atas usaha saya. Disebalik kedukaan yang Allah beri, rupa-rupanya masih ada yang Allah turunkan untuk menghiburkan hati yang lara. Alhamdulillah.



Sunday, 14 April 2013

berakhirlah sudah minggu yang menyeksakan !

Assalamualaikum semua :))

Bertemu kita sekali lagi di luahan ceroten hati Qa a.k.a belog precious of life ni.. Cewah intro macam "rancangan bual bicara".. Ok guys, apa khabar semua? Hopefully sehat belaka.
*
*
*
Heaven! Bahagia sangat!
Sumpah saya bahagia!
*
*
*
Hee yeaayyhh yahooo! final exam semester ini telah pun berakhir.

*credit to pakcik google

Dalam kebahagian yang tercipta ini ada tersemat perasaan nervous gak.
Qa nervous apalah result nanti.
Hee... Apa pon.. Berdoalah saya agar mendapat keputusan yang baik.
Yang penting sudah usaha.
-
--
----
--
-

INGAT!!
Usaha + Doa + Tawakal = InsyaAllah dipermudahkan.
Amin :))
-
--
----
--
-


Pada Qa, subject yang paling killer dan telah membuat diri ini kementalan seketika  ialah Politic Science & Multimedia..
Memang betul mencabar minda Qa. Sampai nanges study sebab excited sgt nak dapat pointer giler terbaek kali ini.
Tapi alhamdulilah semua berjalan lancar.. Tersangatlah lancar Qa menjawapnya. Duration untuk jawap paper politic science ialah 3jam tapi Qa hanya mengambil masa 1jam30min sahaja. Wahahaha!
Apa yang ditulis jangan tanya! 
Same with paper multimedia, tersangatlah pandai kite menjawapnya. huuuuuu

apa pun, thanks to my parents, my frends n semua lah yang men "support" saya!

Terima kasih yang tak tertingga juga kepada parasit yang telah membuat saya down seketika untuk menjawap exam tempoh hari. Tapi suatu hari nanti anda akan tahu who I am. Thanks again.

Entri - entri saya tidak hebat. Tiada pembaca tegar .. Tapi saya tetap mahu menaip. Sekian salam sweet dari Qa. Bye :))

Friday, 8 March 2013

Serabut dan stress!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua yg selalu jenjalan di blog comeyl  saya. Cewwaah comeyl ke belog ni? Aik ! alamak dah berdebu rupenya belog ni.. hehe almaklumlah dah lama x update latest story. Hurm ha! kalau ikutnya sebenar malas giler nak menaip ni tapi bosan giler ni tak tau nak buat apa plus kepala otak ni bercelaru sikit ni.. Dari mengamuk tak tentu pasal nanti baik membebel dekat belog tersyg sgt ni.hehehe :)
!

!

!

!
sumber : makcik google

sumber : makcik google

Ha! tengok pic tu, agak2 korang dapat tak jawapan kenapa entri kali ini serabut and stress?
yeahh!! betul jawapan anda cik kiah! ye saya stress studi. 

ok2 mesti anda x faham kan ? apa tua2 bangka pom studi lagi? jawapan saya yup I am!
hee ok guys actually Qa tengah sambung study lagi. Omg rasa nak nanges sbb da lama x pegang buku bagai. Baca memang hobi, tapi baca novel je la. Hahaha!!

Susah sebenarnya study epjj ni. Harap-harap dapat la diri ni score. Yang penting Qa x nak repeat paper. Tak sanggup! Hopefully x kan ada sejarah repeat paper dalam life ini.

Yang memeningkan Qa sekarang ialah hafazan. Esok seminar adalah tarikh yg sepatutnya settlekan hafazan ni. Tapi ada sedikit kekecewaan disitu sebab tak hafaz habis lagi.. total 20 ayat. Ada lagi 14 ayat x buat. Hurm agaknya dah benak hati kot. 

Tapi kata my little sis : "along, ko jangan banyak bunyi, ko byk masa actually, tapi u r very lazy. itu pasal la x hafaz2. Benda senang je tu" 
my answer : aahaha mungkin jugak betoi kata dia!! adeh nak menyesal pun x guna. dah nak tiba pon. tapi kan sumpah ! Qa hafal x ingat2. tu la masalahnye.. "banyak makan kepala ikan kot x pun semut" hehehehehhe

menyesal pun x guna sbb dah terlambat. Apa2 pun redha saja lah utk esok.

one more thing, final exam pun dah nak dekat, hujung bulan ni dah start final! yang paling menakutkan dan teramatlah seram paper political science dan multimedia. Mau Qa migrain ni.. 
tekanan serta tertekan jiwa dan raga ku.. cewaah!

tapi seriously guys, even dah baca sampai rabun sekajap pun masih blur2 especially bab2 politik2 ni..

ok sampai sini saja lah coretan yang merepek dari Qa. 
Nak sambung studi apa yang patut.
ok.. see u all dekat entri yang lain pula.
Semoga hari anda ceria selalu!
yang sedih, jgn sedih2 hokey!
assalamualaikum :)


Wednesday, 27 February 2013

Fakta mengenai Coklat



Assalamualaikum dan selamat petang guys :)
tengok tu kat bawah ada coklat terliur x ?
jum tengok apa cerita hari ni ... lets go!!

*sumber gambar : en. google

Anda peminat chocalate??
yeaayy saya hantu coklat..
asal nampak coklat..mata ade "love love" berkelip kelip..
tapi...
*
**
***
****
*****
****
***
**
*
mcm mcm benda negetif org ckp tentang coklat..
coklat menggmukkan larh..
menyebabkan jerawat larh..
n mcm mcm lagi..
sebenarnye ramai yg tak tahu ada fakta positif mengenai coklat ni..
ok jom kite tengok..
!

!!

!!!


sumber gambar : en. google


Fakta mengenai Coklat

Fakta 1
Coklat sebenarnya tidak akan mengundang jerawat larh!!
Ramai remaja yg menyekat kemahuan mereka utk mengambil coklat disebabkan takut berlakunye pertumbuhan jerawat..Sebenarnya itu bukan penyebab coklat..Itu semua kepercayaan tahyul je..
Ensiklopedia Dermatologi  telah menjelaskan  bahawa pemakanan sebenarnya tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. So,wahai  remaja anda tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan okeh..

Fakta 2
Coklat itu tidak menggemukkan yee..
Ramai yg gerun mengambil  coklat sebab berpendapat coklat akan menggemukkan..Sebenarnya ia bergantung pada pengambilan coklat yg diambil.Apabila makan secara berlebihan yg ia akan mengundang kegemukan.Makanlah secara sederhana.Makan apa pun kalau berlebihan akan kegemukkan bukan?
Keseimbangan pengambilan makanan harus dititik beratkan.Menurut hasil artikel yg telah saya baca,
tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan.Berat badan seorang itu bergantung pada jumlah makanan yg diambil..Persatuan pemakanan Amerika menasihati ambil coklat secara sederhana.

Fakta 3
Coklat tidak menyebabkan sakit jantung
Coklat bukanlah punca sakit jantung..Silap itu..Sebenarnya coklat mengandungi antioksidan, yg dikenali sebagai fenol, fenol mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Menurut kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko dan lemak dalam coklat tidaklah memberi kesan kepada kolesterol darah.

Fakta 4
Coklat tidak menyebabkan karies gigi
Asal gigi rosak fikir berpunca dari coklat.So tak nak ambil coklat.Sebaliknya tanin yg terdapat pada koko mungkin dapat  membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dapat mengurangkan pengeluaran asid. Jadi anda boleh terus mengambil coklat dan senyum tanpa rasa segan silu. Ingat yg penting jangan lupa berus gigi.Kebersihan gigi itu penting utk memiliki gigi yg bersih dan sihat.

Fakta 5
Penghidap diabetes boleh mengambil coklat? hahh?
Persatuan Diabetes Dietiti Amerika, Persatuan Britain dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan yg bergula, dalam jumlah yg terhad sebagai sebahagian diet yg  tinggi serat dan rendah lemak,boleh diterima.Oleh itu jgn risau penghidap diabetes yg menggemar coklat boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana dengan nasihat pakar pemakanan..


sumber gambar : en. google


Jangan takut ambil coklat okeh..
makan beringat yeah semua..
!

!!
!!!
I love Cadbury Blackforest..


sumber gambar : en. google

^

^
^
okey sampai sini je larh coretan kali ni, nak keluar cari coklat black forest lah hehe
k, takecare.
selamat petang.
bye :)



Tuesday, 26 February 2013

Apa itu schizophrenia?

Assalamualaikum dan selamat siang semua :) 

dah baca tajuk entri Qa kali ini?
apa itu schizophrenia?
pernahkah anda dengar perkataan tu..
mungkin ramai yg dah tahu apa itu schizophrenia..
dan mungkin juga yang tak tahu apa tu
*
*
*
tergerak hati Qa nak post entri ni...
okeh jom...
layan..fakta ni...
*
*
*


Schizophrenia atau skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yg kritikal.Pesakit yg mengalami penyakit ini boleh mendengar suara yg tidak dapat didengar oleh orang lain.mereka juga merasakan orang lain boleh mendengar hati dan membaca fikiran mereka..Keadaan ni dapat membangkitkan kemarahan,kebingungan dan ketakutan kepada pesakit.
Kebiasaannya mereka yg mengidap penyakit ini lebih suka menyendiri..tiada ramai kawan..
kadar penghidap penyakit itu adalah kecil iaitu cuma satu peratus atau seorang dalam 100 orang.
penyakit itu boleh dapat pada sebarang usia tetapi biasanyanya bermula pada usia remaja atau awal usia dewasa.Kadar skizofrenia adalah sama antara orang lelaki dan wanita. Tetapi.kaum lelaki bermula lebih awal, iaitu peringkat remaja manakala wanita boleh mengalami pada umur 20-an.Penghidap skizofrenia akan mengalami masalah dalam kehidupannya, bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi membabitkan keluar keluarga, kawan-kawan serta pekerjaan juga terjejas.Biasanya, pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti orang gila, berbahaya, dirasuk atau liar.
Namun ada antara mereka yang mempunyai cara berfikir yang unik dan mereka bagus dalam bidang seni seperti lukisan dan mempunyai keistimewaan dalam bidang bahasa dan sangat bagus dalam meluahkan perasaan........
!

!

!
Faktor yang menyebabkan penyakit ini ialah
  • keterunan
  • semasa lahir
  • ketidaknormalan sisterm saraf otak
  • personaliti
  • sikap keluarga
  • penyalahgunaan dadah
  • biokimia
  • persekitaran


Namun jgn risau kini penyakit ini dapat dirawat dan pesakitnya boleh pulih serta hidup seperti orang normal termasuk belajar, bekerja dan berfungsi sebagai ahli keluarga yang berguna.
Antara kaedah rawatan ialah melalui pengambilan ubat-ubatan, terapi percakapan atau terapi individu, terapi keluarga/berkumpulan serta pendidikan gangguan psikiatri.
*
*
*
tu serba sedikit tentang penyakit ni yg dapt Qa kongsikan..
opss..mereka bukan gila..
tetapi mereka sakit...
Qa berani cakap macam tu sebab Qa pernah berhadapan dgn mereka yang menghidap penyakit ini..dan sering kali berurusan dgn mereka..
bahaya ke mereka?
tidak lah..kita perlulah memahami keadaan mereka..
jaga hati mereka..jangan buat meraka terasa..
adakala..kita tidak berkata apa mengenai mereka..
tetapi mereka merasakan kita mengata atau berkata tentang mereka..
kita perlu bagi sokongan pada mereka utk terus hidup normal..
bukan menghina mereka..
Mereka juga berhak merasakan kehidupan yg bahagia dan normal!

sampai sini, coretan tengah hari ni! bye
takecare