Monday, 5 October 2015

Kata "sayang" itu maksudnya apa


Dari hari ke hari, semakin ramai orang yang rapat dengan kita especially kawan  meninggalkan kita. (Bukan mati, tapi melupakan/ sibuk dengan urusan masing-masing). Hari ke hari, terasa seperti kehilangan, dulu apa saja mesti ada kawan disisi, tapi sekarang semua sendiri. Kalau dulu, sikit2 ada cerita, laju2 share dengan kawan- kawan, tapi sekarang masing-masing senyap dan memilih utk berdiam. (Faham, masing-masing dah ada life sendiri.)

Dulu-dulu kita saling memerlukan. Tapi bila makin meningkat usia, ada yang telah berkahwin, kehidupan lebih fokus pada keluarga. Ada yang sudah bertunang, semasa ini persahabatan mmg teruji, bila kawan kita akan lebihkan tunang dan kemana-mana bersam tunang. Like kawan yang kau perlukan dulu kesana kesini, mcm dah xde fungsi(ye aku faham situasi itu).

Tapi aku tak pernah salahkan semua itu sebab yes macam aku cakap kita dah ada life masing masing.

Ok aku dah merepek apa ni, actually aku nak cerita benda lain. Mungkin pada aku kini jalan terbaik aku bercerita, adalah di laman ini. 

Ok back to main point.

Kata orang jangan mudah meluahkan sayang. Jangan terlalu murah dengan perkatan sayang.  Dan pada aku, sayang itu mahal. Tak selayaknya diucap sesuka hati jika tidak bermaksudkan.

Dear blog, pagi ini aku nak share something. Sebuah cerita yang sangat klishe mungkin, atau sebuah cerita yang tersangatlah muak untuk didengari. 

Kisah seorang yang sering kali memanggil aku "sayang"

Dia ya dia sering kali memanggil aku sayang.

Tapi ternyata kami tiada apa apa special relation, sekadar kawan.

Cuma aku tertanya, maksud "sayang" mu itu apa ?









Friday, 25 September 2015

Final Exam tiba lagi

Lama sudah tidak menulis disini. Sejak zaman semakin moden canggih pelbagai aplikasi dah diperkenalkan, aku semakin teruju update di instagram. 
Belek-belek blog ni terasa mahu menulis semula.
Berbulan-bulan juga lamanya, blog ini dilupakan. 
Dah cukup intro, aku nak mula menulis.
Sedar tak sedar, final exam datang lagi.
Maka, ini bermakna pengajian aku berbaki 2 semester lagi menuju ke garisan penamatnya.
Moga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Allah, rasa cepat masa berlalu.
Setiap kali final exam, setiap kali itulah aku mengeluh
Mengeluh carry marks yang sedikit. Kawan2 marah, kata mereka carry marks tinggi pun cakap sikit, masih x bersyukur! (Allah, x bersyukurkah aku, Mengucap panjang, tersedar!)
Mengeluh tak tahu nak study apa (Salah sendiri lasat min. studi)
Mengeluh. Mengeluh saja kerjanya
Kadang2 kita tau cara kita itu silap tapi itulah kita manusia tak pernah mahu positif
sesungguhnya kata kata negetif itu akan membunuh kita.
Sentiasalah berkata dan berpikir positif supaya segala charge positif mengalir dalam diri. (peringatan utk diri sendiri)
tersentap banyak aku bila baca dan dengar motivasi Prof Dr. Muhaya. Alhamdulillah byk buat aku tersedar supaya sentiasa positif.
moga semester ini keputusan peperiksaan akhir baik cemerlang dan memuaskan seperti semester semester lepas. Alhamdulillah setiap sem keputusan aku berada di dalam zon yang amat selesa.
Moga kali ni lebih baik dan maintain. InsyaAllah.

Sunday, 21 September 2014

surat untuk bakal jodoh yang saya sendiri tidak tahu siapa

Saya tak tahu nama awak. Saya tak tahu apa awak tengah buat sekarang. Saya tak tahu kalau saya kenal awak ke tak. Yelah saya ni bukan tahu semua benda. Allah je yang Maha Mengetahui.Saya tak tahu apa perasaan awak kat saya dan bagaimana reaksi awak nanti bila tahu saya ni bakal isteri.


Dear bakal suami, andai kata awak sedang membaca, antara ramai-ramai tu awak seorang je yang akan jadi suami saya. Saya tak tahu bila tarikh tu akan tiba, tapi saya tahu waktu tu mesti saya gembira. Tak kiralah siapa pun awak kerana hari itu hari untuk saya melengkap sebahagian dari iman saya. Hari saya dilepaskan keluarga dan tinggal dibawah jagaan awak. 

Untuk itu bakal suami, saya akan cuba mempersiapkan diri. Saya akan jaga diri saya supaya nanti bila saya jadi isteri, awak takkan kecewa. Saya akan cuba tuntut lagi ilmu dunia dan pastinya saya akan terus menuntut ilmu akhirat supaya kelak bila kita kahwin, kerja awak untuk bimbing saya takkan terlalu berat. Tapi janganlah biar saya sorang-sorang. Awak pun belajarlah baiki diri.Nanti awak kena jadi imam untuk saya, untuk anak-anak. Nanti kalau anak kita tanya apa-apa, takdelah awak terpinga-pinga. Kalau boleh biarlah kita sama-sama ajar anak-anak mengaji. Kalau saya jadi api, saya minta awak jadilah air yang memadamkan api.



Dear bakal suami, banyak sangat ke saya minta? Kalau boleh kita kahwin nanti tak perlulah terlalu mewah dan gah. Bukan saya tak mahu, itu impian setiap wanita. Tapi biarlah duit tu nanti kita guna untuk keperluan kita yang baru berkeluarga. Orang kata duit tu kalau boleh janganlah habis di pelamin tapi berjimatlah ke lampin. Saya taknaklah kita mewah-mewah tapi untuk anak nanti kita kesempitan. Saya harap bila kita dah kahwin, kewangan kita stabil. Kalau kita kahwin dalam keadaan miskin pun setidaknya kita dah tunaikan apa yang wajib. Allah pasti menolong hamba-Nya yang melakukan segala-galanya kerana Dia.

Dear bakal suami, saya harap keluarga awak akan terima saya dengan besar hati. Bukan apa, saya ni kadang-kadang kalut sikit buat kerja. Tapi saya boleh jamin, saya akan jaga rumah, makan pakai awak dengan baik sekali. Pastinya saya juga akan jadi ibu terbaik. Dan seharusnya saya nak jadi menantu, adik ipar, kakak ipar, dan biras yang disenangi ramai. Kalau boleh setiap hari tu ingatkanlah saya untuk sentiasa mengingati Tuhan. Jangan biar saya hanyut. Jangan biar saya buat awak menanggung dosa. 

Last but not least bakal suami, sebenarnya banyak lagi saya nak bagitahu, tapi biarlah saya cakap yangsaya tak sabar nak tahu siapa awak. Moga Allah takdirkan yang terbaik buat saya, dan buat kita berdua. Moga saya jadi bidadari awak di syurga (:

Monday, 8 September 2014

harta dunia kedua

assalamualaikum :)
duhai blog yg sepi sunyi tanpa reader mungkin hari ni aku nak update post...
mengabadikan kenangan memiliki sesuatu yg amatlah aku sayang..
bukan bernyawa dan berjasad, ia semua objek robot yg memberi bakti kepada aku semalam hari ini esok dan seterusnya hari mendatang....
kalaulah sesuatu benda itu kita dapat hasil usaha sendiri tahulah korang macam mana seronoknya...
dan aku dah merasainya dalam hidup ini.. pertama sekali benda yg mahal aku miliki atas nama sendiri adalah motor ex5. motor ni aku beli masa bekerja di intra harta.. alhamdullilah terima kasih ya Allah atas rezekimu dan harta kedua dunia yg paling mahal aku miliki sekarang adalah mr.ozzylicious aku tu... ya Allah betapa Allah saja yg tahu, betapa aku gembira sebab aku tak percaya aku berjaya milikinya... mr.ozzylicious declare di tangan aku 4 hari sebelum hari raya aidilfitri 2014... bernombor pendaftaran AJU 18**
dulu dulu masa sekolah myvi baru keluar, pergh berangan mintak abah beli myvi.. mau abah belikan? memang tak lah kan.. tengok je kereta orang.... lepas tu dah kerja masih x mampu lagi berkereta, tengok kereta orang pakai myvi cemburu sangat sampi cakap bilalah aku boleh beli myvi.. mahal sangat mesti x mampu beli sampi kesudah....Masa tu kereta pertama aku adalah saga aeroback tu pon dah cukop bangga bersyukur sbb ada kereta.. takkan aku lupa jasamu WGR 85**
tapi Allah tu baik, perancangan dia hebat.. sebelum ini aku sendiri cakap aku x kan memiliki sebuah myvi tapii siapa tahu rahsia Allah. syukur atas nikmatmu... yea aku memilikinya.....
berharap mr. ozzylicious akan terus berkhidmat dgn saya...hehe orang lain berdating dgn boyfrend aku dating dgn kerete la dulu ye...
alhamdulillah 😍

Sunday, 7 September 2014

throw back - dilamar oleh uitm

assalamualaikum
dah lama tak merepek meraban dalam blog ni.. btw merepek meraban pun bukan ada yang kisah pun.. it's just a suka suka blog.. blog syok sendiri.. tak de readers mungkin...
ouh ye.. terasa bosan sgt malam ni.. so macam nak menaip cerita kosong .. cerita yang dah basi.. tapi pada aku... ia satu benda yang aku hargai sangat sangat sebab susah sangat nak dapat.. usaha dah jenuh hasil tak kunjung tiba.. mungkin rezeki belum menyinggah . sekali dapat memang tak kata apa lagi.. hati seronok macam nak melompat lompat...
hehe okey cukup merepek.. actually just nak mengabdikan kenangan dilamar oleh uitm... dilamar menjadi staf uitm... alhamdulillah usaha kali ini tidak sia sia..
masa tu aku dah bekerja di perangkaan teluk intan tapi just pekerja sambilan harian je la gaji hari... time tu baru sebulan join perangkaan seronok dapat kawan kawan baru... satu hari dapat ma abah call banyak kali tapi masa tu tengah meeting... tak sangka lah pulak ma call terus office perangkaan.. so sumpah suspen.. kenapa cari sampai ke opis.. asa benda kurang sedang didengari berlaku ke.....
so terus call ma balik, ma cakap along kamu dapat kerja dekat uitm.. ya Allah.. masa tu rasa nak menjerit, nak menangis..sedih gembira semua ada....
alhamdulillah..syukur ya Allah...
so aku decide untuk lapor diri pada 16hb april 2014.... since that, aku adalah staf uitm perak kampus tapah....
first day, lapor diri satu suasana janggal telah berlaku pada diri ini... sumpah rasa tak selesa untuk bawa diri di tempat baru...
dan sekarang sudah hampir 5 bulan aku berkhidmat untuk uitm.. alhamdulillah syukur ya Allah .. aku dah boleh menyesuaikan diri di sini.. dan dah jatuh cinta dengan suasana di kampus... dan insyaallah uitm dihati....
❤❤❤

Tuesday, 18 February 2014

Abah

Assalamualaikum

Semua orang ada abah ayah bapa tidak kiralah apa sekali pun panggilan, insan ini lah sentiasa bersama kita. Tnpa insan ini tiadalah kita didunia ini.

dear abah.. lelaki pertama dlm hati along. lelaki pertama yg paling along syg. dia adalah cinta hati aku. abah lelaki yang paling sempurna dalam dunia ini. tiada lelaki lain yg seikhlas hati seorang abah. abah lelaki yg xkan pernah memecahkan haty perempuan ini malah ia pelihara hingga mati. abah aku kesayangan aku kekasih aku ....abah jgn tinggalkan along sampai bila-bila.. apa layak aku bagi tak terbalas sampai matii....
kalau dah namanya abah setiap yg diberi tidak pernah menipu... I do luv you abah so much... forever till jannah.

Sunday, 16 February 2014

Hilang

Assalamualaikum :-)

Dear blog yg menyimpan seribusatu hal rasa hati. Berharap masih sudilah kau mendengar dan menerima bebelan aku ye blog :-D
(cakap mcm blog ni faham semuanya)

Hilang..itu Post title...
Dah byk yg hilang
Ye ak merasa kehilangan
Benda yg aku syg hilang.
Aku kehilangan dua org. Mereka adalah kesygan aku. Namun ak redha ada hikmh disebalik kehilangan.
Aku takut utk menerima knyataan andai aku hari nnti aku hilang lg mereka yg mnjadi kesygan aku.

Kdg2 khadiran org dlm hidup kita hanya menyapa kemudian hilang entah kemana.

Bye

Saturday, 15 February 2014

Single

Assalamualaikum :-)

Alkisah terjumpa kawan lama. Sembang sembang lalu tersentuh isu "pasangan"
"Eh kau bila lagi semua periuk nasi minyak dah berasap, ko bila.. Aku ni ha tunggu nk meletup je heee ank satu"
Jawapan mudah dari aku "rahsia Allah tak de org berkenan, nanti ada aku jemputlah"
Kata si kawan "la kau memilih sgtni, tipulah takde org mahu" eh apa cerite dgn yg dlu ha yg kwn baik ko tu mana eh"
Jwpn dari aku "milih benda mmg xdela" "dlm haty aku kenapalah tny lagi tentang mereka"
Kesayangan dulu telah menjadi kebencian sekarang
Kwan baik yg dlu sudah menjadi org asing dlm hidupku.....

Si sahabat berkata "untung sesiapa memiliki ko syafika sbb ak yakin kau pecinta setia, org yg baik akn dikurniakn org yg selayaknya, bersabarlh dgn ujian Allah, lupakan merekA aku tk pernah lalui ditempat ko tp ak dpt merasakan kepritan itu"

Aku hanya tersenyum dan tpkir masih ada ke kbagiaan dlm hidup ni lalu brdoa dlm haty agr masin mulutmu sahabat! Tetapi aku sudah bahagia hampir dua thun hidup sendiri tnpa perlu menjaga haty insan lain. Cukuplah adanya ma abah adikbrdik famly dan besties setakat ini.

Bukan aku kaku tiada rasa ingin ada cintA spt org lain. Rakan2 sebaya aku ada yg sudah berkahwin memiliki cahaya mata, ada yg telah bertunang menunggu hari bahagia ada juga yg mempunyai pasangan melangkah ke next step. Aku gembira melihat merekA. Aku terpikir aku juga mahu seperti mereka tetapi tiada yg berkenan dihati aku. Aku mahu seorg yg boleh trima ak seadanya siapa diri aku kekurangan dan kelebihan yg aku ada. Yg paling penting ikhlas ye dan baik akhlaknya. Seseorang yg membimbing bkn menghanyutkan.. akan ketemukah nanti?

Selamat petang

Thursday, 13 February 2014

Harta dunia akhirat

Assalamualaikum :-)

Menu cintaku hari ini, hangat peluk kasihmu
Menu cintaku hari esok, perhatianmu
Menu cintaku hujung minggu, waktu denganmu
Menu cintaku selama-lamanya, kasih sayangmu

See.. Menu cintaku.. Jangan salah pham bukan cinta sesama manusia blainan jantina ye....

Rasa nak membebel malam malam cm ni.
Tadi keluar balik ma bukakn pintu...
Masuk ke rumah lalu tengok wajah ma aku. Cantik! Ye pada aku dialah wanita yg pling cantik.. Tapi tetiba sayu.. How come one find day aku dah x de dia. Oh ya Allah aku tak tahu mcm mana nak teruskan hidup tanpanya!! Ma i luv u so much... Ya allah kau panjanglah umur kedua ibubapaku. Amin..

Abah...  lelaki pertama dalam hati aku. Dia lah yg ada masa susah sedih payah aku. Thanks abah membesarkan Along. Maaf along masih tak mampu membalas jasa ma n abah. InsyaAllah suatu hari nanti.

Bercerita soal ibu ayah sampai bila bila pun x kan habis.. Terlalu banyak ingin dikongsikan...

Siapa yg ada tatkala aku jatuh tatkala aku tersungkur... Tatkala aku sesedih2 manusia segagal manusia.. Tak de siapa melainkan mereka..

Saat tu barulah aku tau cinta yang sebnar.. Cinta hakiki adalah cinta kpd pencipta kita. Dan cinta yg xkan pudar lusuh dan x kan hilang cinta antara anak dan kedua ibu bapa kita.

Tiada harta yang lebih bernilai untuk aku tatkala ni... Mereka ye ma n abah harta kesayangan aku dunia akhirat.

Ayah.. terima kasih atas segala cintamu
Ibu.. terima kasih dengan menu cintamu

Kau berikan aku semua yang ku perlu
Kau pupuk diriku dengan tulus cintamu

"aku rela hilang barang beratus beribu namum aku x mampu dan x merelakan kehilangan kedua ibu bapa ku"

Cinta sayang along pd ma n abah melebihi cinta syg along pd diri sendiri....

I do luv you both ma abah <3

Selamat malam

Tuesday, 11 February 2014

Selamat pagi

Assalamualaikum :-)

Selamat pagi dunia.. What a day! Gila lambat bangun tidur.... Shhh diam jgn bgtau sesiapa.. How's ur dy guys? Hihi gilee terbabas sampi 10pg. Aduhai...

Ha!! Bosannya lah.. Bangun mandi basuh kain sidang kain bfast... Bla bla bla.. Hari hari bendanya sama.... Hmmm bsabar laa

Haa nk bgtau ni mlm tdi gilerr mimpi pelik.. Mimpi lawan2...mimpi gaduh2.. Ntah benda la lagi..Banyak sgt tu yg lewat bgn tu. Tp skrg nk cter dah lupa lak mimp apa..hahaaha....

Ok la nak cakap tu je pun... Nak masak lunch.. Ok bye :-)

Have a great day.

Monday, 10 February 2014

Crush

Assalamualaikum ;)
Kebosanan. Tak tahu nak buat apa. So aku mahu merepek disini. Korang pernah dengar pkataan "crush" okay actually aku sendiri baru tau maksud perkataan ni. Rasa mungkin perkataan dak dak zaman sekrang kot. Tapi tak sure lah pulak dalam dictionary wujud atau tidak perkataan ini..
Crush yg aku paham dan crush yang aku nal citer sekrang ni ialah.... Jeng.. Jeng..jeng... Okey ikut fahaman aku lah kan crush ni mcm someone kita suka minat tapi orang tu x tau pun sebenarnya. Dalam senyap lah... Hihihi. Jangan buat selalu sbb bahaya kot.. Seperti memperjudikan hati n perasaan sendiri nokk!! Kita dok syok kat dia.. Tut tut dia update fb in relation with blah blah..X pum married with.. Hahahaa makan diri...kalau makk la nyahh mengangis 7hari7mlm.... haha
Korang ada tak? Hahaha dulu aku pernah la ada crush ni. Kah kah kah. Jangan gelak ye. Crush aku masa tu kawan baik aku sendiri. Tp finally dia tau!! Tapi relation friendship  kami  mmg byk masalah pun and akhirnya semua end up macam tu je. Dari bestfried terus jadi strangers sekarang. Hahaha tu dulu la. Aku pun dah leh trima keadaan yang aku dah hilang tempat texting dan otp. Hehe memang hidup aku 100% berubah.. Dia bukan boyfriend aku tapi dah mcm bf la 24/7 kot dia selalu ada utk aku. Texting n otp perkara wajib! Tapi sekrang dah takde dan aku pun da okay terima takdir ini
Okay.,selamat malam :-)

Thursday, 1 August 2013

bilaa manusia meletakkan "saat menyayangi seseorang".....

"Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...
SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak
peduli bagaimana pun keadaanmu." 

Friday, 26 July 2013

Mulut pandai menafikan

Assalamualaikum :)

Walau mulut mampu menafikan tetapi hati mengiyakan. 
walau mulut boleh berselindung tapi hati tak pandai berbohong. 
walau mulut boleh menidakkan tetapi hati tak mampu untuk menahan apa yg dirasakan.


Saturday, 6 July 2013

Kawan tidak lebih


I just want to say that I treat my friends all the same. 
Maybe I used to exchange songs with you, 
hang out with you or give you advice and support when you were down, 
but it doesn't mean that I have a crush on you. 
You are special because you're my friend but I've never think of taking you as my life partner.  

P/s : u're just my friend, not more than that! Furthermore, we know through social sites. Tolong jgn buat saya rasa menyampah!

Monday, 24 June 2013

Tujuan saya create blog ini

Assalamualaikum :)

Hai musim jerebu melanda negara kita, Malaysia. Jerebu dah sampai Perak, macam mana tempat anda semua? Harap semua jaga kesihatan pakai mask okay!

See my entry title, tujuan saya create blog. Okay semua orang yang create blog pasti ada tujuankan. Apa tujuan korang create blog? Heee nak menulis tapi tak banyak idea sebenarnya. 

Nak cerita hal diri sendiri dalam blog ni, so orang kata macam diary online. Tapi kalau terlalu banyak cerita, macam orang tau je siapa diri kita, sifat kita, perangai kita. Contohlah kita luahkan rasa hati, kita marah, kita suka, kita sedih, kita sayang, kita rindu dan etc. Tak ke orang tau everything about kita. Tapi mungkin juga ini salah satu tempat untuk meluahkan apa yang terasa dalam hatikan ? betul ke pendapat saya?

Ha ha ha okay sebenarnya alkisah saya create blog ada la beberapa sebab. Okay firstly, saya create blog sebab saya tengok ramai kawan yang ada blog yang comeyl, so terpengaruh then terhasillah sebuah blog. Actually rasanya ni blog ketiga dari saya. Yang pertama saya buat tapi finally tak wujud lagi sebab saya delete email yang digunakan utk blog itu. Maklumlah ketika itu, masih buta it, tak tahu pula, kalau delete email, blog pom arwah. Hehe. Kedua, saya sendiri delete blog itu sebab blog itu terlalu banyak kenangan dan cerita cinta bersama bekas cinta. Jadi utk mengelak diri terus meroyan, lebih baik di buang, dan ini adalah blog ketiga harap ia bertahan dan terus bersama saya ke akhirnnya. hikhiks.

Okay, kedua saya create blog ini konon-kononnya, bak kata orang "sharing is caring". Nak share informasi, nak share isu semasa, share apa saja yang berguna. Tapi rasanya macam matlamat saya ni failed!! sebab sekali tengok macam sedihlah juga blog saya ini tak ada readers setia. So finally senang cerita, blog saya blog syok sendiri. hehehe :p
*sumber en. google

Ketiga, orang kata buat blog ini boleh tambah pendapatan. Tapi ini lagilah terang terang saya dah gagal. Haha mana nak datang duit kalau takde siapa nak baca n mnyumbang apa-apa. Kadang-kadang saya sendiri blur tentang ini. Aptb !! 
*sumber en. google

Seterusnya, nak luah perasaan. Haha kadang-kadang saya pikir ini macam merujuk pada saya. Tapi kadang kadang terasa menyampah dgn diri sendiri! nak luah perasaan kat sini ke? erm entahlah sendiri pun tak pasti. kata orang ia menunjuk keperibadian kita. Tapi kalau fikirkan semula, dari terus stress sakit hati or whatever sampai dapat title "sakit jiwa" lebih baik diluahkan saja di blog, asalkan jangan sampai menyusahkan orang lain dan janganlah sampai menampakkan keburukkan diri kita. "cover sikit" hiihihi.
*sumber en. google

okay, dah tujuan asal buat blog ini failed, senang cerita kita buat tujuan baru. Saya create blog ini utk menulis apa sahaja yang saya lihat, dengar, rasa, nampak dan saya lalui. Ibarat deria rasalah, tidak semesti hanya kisah saya, tapi ia universal. 
*sumber en. google

Okay, setakat ini saja saya merapu.
Bye. 

Saturday, 22 June 2013

Business Maths killer utk saya!

Assalamualaikum :)

Rasanya macam dah lama tak update belog ni. Rindu pula dgn belog saya ni. Sebenarnya lately saya amatlah busy. okay, nak tulis apa ye? Tak ada idea!! Actually sekadar nak cerita pasal satu subjek yang amat saya minati. Yes! terlalu minat tapi subject ni susah sebenarnya untuk saya. Macam mana tu, minat tapi susah pula. Hehe. Nak tahu subjek apa ? Ha ye, betul tu cik kiah!! "Business Maths"

Bayangkan utk first seminar saja dah habis cover dua chapter! Terkial-kial saya mengikut rentak lecturer tu. Sumpah laju macam robot! Dua jam utk dua chapter! Teramatlah mencabar untuk mengulangkaji sendiri!
Kesiankan pelajar pjj macam saya ni! Tapi tak apalah usaha tanda kejayaan!

Memang tak dinafikan saya pernah belajar subjek ini ketika mengambil diploma in banking 3 tahun lepas tapi...... alkisahnya jawapan paling mudah "study masa exam je" so. .. faham fahamlah ye. "cikkiah dah lupa"
Dengan formula konsep algebra udah berbelit otak saya. 

Sumpah sekarang saya amatlah stress menyelesaikan soalan assignment. Bertambah stress bila jawapan berbeza-beza dgn kawan-kawan. Bukan sorang tapi berorang - orang. Fikirkanlah satu soalan ada 3 jawapan yang berbeza. Udah, sapa yang betul ni! Ish, lecturer suruh bincang dgn member-member tapi kalau dah semua ajaran sesat tak guna juga! "protes dan tak puas hati" (tak pasal je kalau lect tu baca post ni, terus tolak semua marks tugasan saya) "Maaf puan ^_^" 

Sampai sini sajalah coretan yang merapu dari saya.
Semakin hari post semakin tak menarik, nak upload pics penyeri post dah malas.
Mata dah layu, tapi tak boleh tidur. Jom main game!!
bye :) 

Tuesday, 28 May 2013

Dapat surat dari PDRM

Assalamualaikum :)

Hati berbunga-bunga, rasa excited sangat saya ingin update blog comeyl saya ini. Sepuluh jari yang tersusun comeyl ini menari-nari tak sabar menaip setiap huruf di lappy ni :) 
See sungguh excitedkan!

Okay, nak tahu kenapa saya teramatlah gembira hari ni? Kenapa gembira, kenapa tak sedih? Tengok entri tu, surat dari PDRM! Kalau PDRM mesti kita fikir surat saman! Sumpah, saya teramatlah terkejut pada mulanya!

Okay, sebenarnya saya happy sebab PDRM bagi surat panggilan pemeriksaan fizikal utk perjawatan PDRM.  Oh! Ha! "kau dapat panggilan polis?" biar betul?

Actually, saya pun sangatlah tidak percaya kerana rupa saya ni boleh panggil, alomak! kuat nangis, kuat touching, haha yang lembik2 saya lah!

Semalam, pagi-pagi lagi, dapat panggilan yang tak dikenali. Seperti biasa, tabiat dari azali, orang call, bila angkat, saya tak akan mulakan perbualan. "Diam saja, sehingga pihak yg telefon say "hello".

Pihak IPD - hello.. hello (nada yg tegas)
saya - diam seketika - "hello" (nada yg teramat malas)
Pihak IPD - apa ni, baru bangun tidur ke ? (tegas) cik syafiqah ada?..
saya - hmm siapa ni, ha ada kenapa (malas gila nak cpt, sibuk buat kije)
Pihak IPD - saya telefon dari balai, nak bercakap dgn cik syafiqah
saya - Dengar je balai, terus, muka saya jadi serius, jantung laju gila! Dalam hati berkata, apasalah aku,pulak da balai telefon, sapa buat laporan ni, mati lah aku, aku ada buat salah ke! macam2 la saya fikir!
Pihak IPD - Ada mohon jawatan PDRM? Sila datang ambil surat temuduga di cawangan Latihan di IPD Tk Intan pagi! 
saya - terpinga-pinga, rasanya ada, baiklah, terima kasih Encik!
Pihak IPD - Datang bila ni? Datang pagi ni okay ( tegas gila)
saya - Baik, ni nak kluar la ni. Ok trmas.

Ha macam tu la perbualannya! Hahaha gelak sorang-sorang, dalam hati syukur walaupon hanya panggilan saja! belum dapat lagi tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mencuba! Timba pengalaman baru!

tiba-tiba 'throwback" perbualan lepas bersama family.

"along harap sangat along dapat kerja gov, jawatan SPM pun tak pe! Jawatan PMR pun takpe(hee, gaji sikit xpe, asalkan gov), Dapat polis kelulusan SPM pun dah alhamdulillah"
Ya Allah, masin mulut aku! 
Yakin rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah

Terus bagi sms pada mama "ma, polis panggil along". terkejut bonda saya! ingatkan saya kena tahan polis, hehe! sorry ma, buat suspen! Ma ckp alhamdulillah, ma suruh cuba nasib! (Dalam hati sebenarnya berdebar, takut sgt sbb polis, haha saya takut dgn polis).

Call abah, abah kata "abah suka saya dapat polis, tapi fikir baik-baik mampukah! tapi x pe, pergi je dulu step yang pertama ni"

Terus keluar, pergi IPD dan finally dapat lah surat itu. Kata En. polis tu, ha kalau rajin tengok lah nama kat sistem online, tak nak pun takpe! gatal tangan cari sistem online, masuk ic dan resultnya adalah seperti itu! tengok bawak!



Dalam hati tetiba teringat, dulu-dulu pernah tengok cerita orang training polis.
Macam seram
macam mencabar
menakutkan
tetiba tegak je bulu roma tengok ni!
Belom lepas ujian fizikal, dah start fikir macam tu!
terfikir juga, lepas ke ujian fizikal ni.
2 tahun sudah gagal ujian fizikal penguatkuasa JPJ sebab tangan bengkok!
hmm ada peluang ke untuk jawatan PDRM ni.
takpelah, usaha doa tawakal!
Insyaallah.

Nak pergi ke tak nak? pergi? tak? pergi? tak? confused! tapi semua bagi sokongan kata saya perlu pergi!

Teringat kata seorang kawan "aku sokong ko jadi polis! Muka kau tegas! Mesti lepas tu semua mat rempit taubat nak merempit" 
tergelak2 saya, emmmm "garang n tegas ke wajah saya" tertanya-tanya! hehehe


Dear friends : Doakan yang terbaik utk saya yea :)
Assalamualaikum :)

Wednesday, 15 May 2013

lelaki dan perempuan boleh ke declare bestfriendforever?

Tetiba rasa nak tulis mengenai topik ini.. Lelaki dan perempuan boleh ke jadi bestfriendforever? Anyone kata boleh? Anyone yang kata tak boleh? Please share korang punya pendapat. For me, Qa sendiri tak tahu. Till now, Masih tercari-cari jawapannya. 

Okay kalau bercerita based on Islamic view, pergaulan antara lelaki dan perempuan ni ada batasnya. Mana boleh main redah je, even kawan baik pun still ada limitnya. Lelaki and perempuan kalau tak ada batas bila korang dah halal kat sisi Allah je. 

ouhouh back to our topic on discussion, betul ke lelaki dan perempuan boleh declare bestfriendforever?
mungkin yes mungkin no.. tapi jawapan yang lebih accurate lebih kepada No. they cannot be bestfriendforever. Percayalah! kalau ada pun sikit sangat!

*sumber : en. google

Ha, betulkah lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan rapat ?
huhu, on the reason, either one of them will fall in love with another.  it is true ? for me, it is true!! based on my experinces.

Pada saya, dalam persahabatan antara lelaki dan perempuan, normally lelaki dulu yang akan senang falling in luv berbanding dgn perempuan.. bukanlah sesaja nak condemn kaum adam ni. Tapi ni apa yang Qa nampak depan mata.

okay, see bila korang dah kawan baik, mesti korang akan share everything dengan dieorang. kalau kawan baik between perempuan. It's okay. tu pun kadang-kadang da over limit mengalahkan pasangan bercinta! setuju tak? ahhahaha tapi how come kalau bestfriend korang tu antara lelaki dan perempuan, bila korang share everything tak kan ke one fine day akan timbul perasaan lain ? ni no comment, siapa yang pernah melaluinya mungkin akan merasakannya.

normally, perempuan ni bila dia ada kawan baik lelaki, kalau dia sudah ada pasangan, she will setia pada pasangan dan pertahankan yang kawan baik dia itu cuma kawan not more than that. Tapi lain pula bagi lelaki ni, bila dia dah ada kawan baik perempuan plus kawan baiknya itu sangat menyenangkan dan always melayan baik, tak mustahil, he will falling in luv pada bestfrend dia and in the same time, mungkin boleh curang. ohmy Allah jauhkan sifat itu ok.

okay, see satu situation, lelaki n perempuan ni kawan baik dan declare as bbf, lelaki ni actually dah ada girlfriend tapi malangnya, hubungan dia ngan gf nya bermasalah. so, yang menjadi pendengar setia masalah si lelaki ini adalah bff nya. So, ibaratnya bff dia ni seperti Dr. Love la.. Do u know Dr. Love ? Dr. Love adalah bila someone dtg mengubatkan hati after someone ni putus cinta. Macam-macam cara dengan memberi nasihat, make his happy dan for surely asked him back to basic ingat Allah... Yes then lelaki tu tak sedih lagi. But! remember even orang kata doktor tak boleh jatuh cinta pada pesakitnya tp dr.cinta adalah sebaliknya. Kes sebegini selalu nya terjadi.. tak percaya? tanya pada saya... So ladies, please beware, niat kita cumaa untuk mengembirakan bff kita tapi adalah sebenarnya tindakan kita itu salah..


*sumber : en. google

ada juga kisah-kisah bff (berlainan jantina) lain :

bff --- falling in luv (lover) --- married --- eppy ever after --- applause

ada juga

bff --- falling in luv (lover) --- clash --- strangers --- huh! menyesalnya

ada juga 

bff --- luahan hati --- jauh diri --- gudbye.
ada juga

bff--- terus forever berkawan--- masing-masing dgn pilihan masing-masing ---- still bff till anak cucu
(tapi percayalah ini tersangatlah kurang)


mesti pelik bila salah sorang dari korang meluahkan isi hati korang..
tak ke rasa pelik
eeuuhh kalau kena reject mesti malu macam nak sorok muka dalam guni.
lepas tu terus gaduh-gaduh.
lepas tu bff korang entah kemana 
apa pun tak dapat.
kalau ada respon yang baik untunglah..


see boleh ke korang nak bestfrendforever... kalau one fineday, salah sorang kawen dulu, nanti sure korang akan rasa kehilangan. Plus kalau korang ni bestfrendforever yag giler-giler hari-hari ctc, texting, calling, jumpe berjimba mengalahkan couple. normally mmg pon bila korang declare bestfrendforever korang akan jadi diri korang, korang x cover diri korang, Tak macam bercinta, msti korang poyo-poyo kan control cover sini.. See tengok bila da bff ni relation korang sebenarnya lebih rapat. then bila satu hari nanti, salah sorang ada life baru, masa tu korang akan menyesal gila.. kalah putus cinta.. Yeala bila nanti salah sorang ada life lain, mesti korang dah xde lagi spend time macam dulu hari-hari calling, texting, koraang dah tak boleh nak lepak-lepak. 

Mungkin penulisan ni tak cukup padat sbb kekangan idea dan malas nak taip lagi.. so, apa pun kesimpulannya, pada saya adalah amat sukar sebenarnya korang declare bestfriendforever berlainan jantina. Ni semua adalah pendapat Qa, tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.

Okay, sampai sini saja.



Friday, 10 May 2013

syukur alhamdulillah

Assalamualaikum :)

Hai semua.. ohmyAllah... lama rasanya dah x menjenguk blog kesayangan hamba ni. Bersarang sudah nampaknya.. Hee.. Maklumlah lately rasa macam malas sangat nak menaip.. Tapi, disebabkan ada sesuatu yg amat menggembirakan hati ini... Now, I want to write and share the good news dekat sini..

Okay, actually cerita ni macam dah basi la jugak. Tapi do I care, nak cerita juga.. Firstly, syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas pemberianMu...

9/5/2013 - Hari yang dinantikan, tersangatlah berdebar. Rasa ingin tercabut jantung ini menunggunya. Online dekat Ined inform that result akan keluar jam 9.00pagi 9/5/3013 melalui email or check di student portal. Okay hampir-hampir pukul 9.00pagi dengan perasaan penuh excited dan keseraman kegatalan tangan makin menjadi-jadi..Pergi log in email.. OhmyAllah, see ada email dari uitm. Lajulaju klik tengok result..
*
**
***
****
*****
****
***
**
*

tergamam, terkedu, terkaku
tetiba mata jadi panas 
mengalir mutiara ke pipi
Terima kasih ya Allah
sujud syukur Qa masa tu..

Mungkin result Qa tidak segempak orang lain.
Tapi for me itu da cukup gempak utk Qa yg malas studi ni.
Alhamdulillah.

-
------
---
---
----
---
---
-

Masih x percaya dengan result tu, laju-laju pergi check dekat student portal..
sekali lagi Qa zoom result tu..
rasanya berkali-kali tengok result tu.
bkan apa sebab x percaya.
yes memang x percaya sangat tak percaya...
yup, ternyata itu adalah result Qa..

Lajulaju capai handphone n update bbmstatus, eh bukan!!
capai handphone call ma n abah.. 
Mereka heppy ...Aku heppy kerana buat mereka eppy.


Alhamdulillah sekali lagi.
Thanks to my parents and family, kawan-kawan yang sentiasa support.
Thanks to pada someone yang mencabar saya..
To someone tu :) see I got it. even sekarang awak bukan dengan saya lagi. Tapi saya dah sahut cabaran awak. Walaupon awak jahat, thanks sebab selamani bagi semangat pada saya. :( 

Salam.

Wednesday, 17 April 2013

Please don't tell me your heart's intention ... Please go!

Assalamulaikum dan selamat pagi :)

hai guys. How are you today? There is no something special I want to write... but I wanna shared my feeling right now...(saja-saja nak tulis omputeh la konon, english berterabur)

credit to : google

Please don't tell me your heart's intention 
Because it will only add to the pain 
Let my heart heal by itself 
Please don't tell me you've started to hate me 
I know from your action and your moves 
That some things are bothering your mind 
I know you are not like before 
Time has changed our love for each other
I realized that the light has dimmed 
Our hearts are more weary 
And it's testing our patience
But I find it hard to let go
If you wish to go away 
Please grant me this wish

credit to : google


I don't feel like understanding
Or face the reality 
That you are not in love 
I don't wish to know what happened 
You have someone new
Let me quiet my heart
Please don't tell me what you are feeling
Because I can read them
Don't
have to say goodbye
Go, but please don't tell me

credit to : google

salam ukhwah^^
have a nice day guys!