Monday, 24 June 2013

Tujuan saya create blog ini

Assalamualaikum :)

Hai musim jerebu melanda negara kita, Malaysia. Jerebu dah sampai Perak, macam mana tempat anda semua? Harap semua jaga kesihatan pakai mask okay!

See my entry title, tujuan saya create blog. Okay semua orang yang create blog pasti ada tujuankan. Apa tujuan korang create blog? Heee nak menulis tapi tak banyak idea sebenarnya. 

Nak cerita hal diri sendiri dalam blog ni, so orang kata macam diary online. Tapi kalau terlalu banyak cerita, macam orang tau je siapa diri kita, sifat kita, perangai kita. Contohlah kita luahkan rasa hati, kita marah, kita suka, kita sedih, kita sayang, kita rindu dan etc. Tak ke orang tau everything about kita. Tapi mungkin juga ini salah satu tempat untuk meluahkan apa yang terasa dalam hatikan ? betul ke pendapat saya?

Ha ha ha okay sebenarnya alkisah saya create blog ada la beberapa sebab. Okay firstly, saya create blog sebab saya tengok ramai kawan yang ada blog yang comeyl, so terpengaruh then terhasillah sebuah blog. Actually rasanya ni blog ketiga dari saya. Yang pertama saya buat tapi finally tak wujud lagi sebab saya delete email yang digunakan utk blog itu. Maklumlah ketika itu, masih buta it, tak tahu pula, kalau delete email, blog pom arwah. Hehe. Kedua, saya sendiri delete blog itu sebab blog itu terlalu banyak kenangan dan cerita cinta bersama bekas cinta. Jadi utk mengelak diri terus meroyan, lebih baik di buang, dan ini adalah blog ketiga harap ia bertahan dan terus bersama saya ke akhirnnya. hikhiks.

Okay, kedua saya create blog ini konon-kononnya, bak kata orang "sharing is caring". Nak share informasi, nak share isu semasa, share apa saja yang berguna. Tapi rasanya macam matlamat saya ni failed!! sebab sekali tengok macam sedihlah juga blog saya ini tak ada readers setia. So finally senang cerita, blog saya blog syok sendiri. hehehe :p
*sumber en. google

Ketiga, orang kata buat blog ini boleh tambah pendapatan. Tapi ini lagilah terang terang saya dah gagal. Haha mana nak datang duit kalau takde siapa nak baca n mnyumbang apa-apa. Kadang-kadang saya sendiri blur tentang ini. Aptb !! 
*sumber en. google

Seterusnya, nak luah perasaan. Haha kadang-kadang saya pikir ini macam merujuk pada saya. Tapi kadang kadang terasa menyampah dgn diri sendiri! nak luah perasaan kat sini ke? erm entahlah sendiri pun tak pasti. kata orang ia menunjuk keperibadian kita. Tapi kalau fikirkan semula, dari terus stress sakit hati or whatever sampai dapat title "sakit jiwa" lebih baik diluahkan saja di blog, asalkan jangan sampai menyusahkan orang lain dan janganlah sampai menampakkan keburukkan diri kita. "cover sikit" hiihihi.
*sumber en. google

okay, dah tujuan asal buat blog ini failed, senang cerita kita buat tujuan baru. Saya create blog ini utk menulis apa sahaja yang saya lihat, dengar, rasa, nampak dan saya lalui. Ibarat deria rasalah, tidak semesti hanya kisah saya, tapi ia universal. 
*sumber en. google

Okay, setakat ini saja saya merapu.
Bye. 

Saturday, 22 June 2013

Business Maths killer utk saya!

Assalamualaikum :)

Rasanya macam dah lama tak update belog ni. Rindu pula dgn belog saya ni. Sebenarnya lately saya amatlah busy. okay, nak tulis apa ye? Tak ada idea!! Actually sekadar nak cerita pasal satu subjek yang amat saya minati. Yes! terlalu minat tapi subject ni susah sebenarnya untuk saya. Macam mana tu, minat tapi susah pula. Hehe. Nak tahu subjek apa ? Ha ye, betul tu cik kiah!! "Business Maths"

Bayangkan utk first seminar saja dah habis cover dua chapter! Terkial-kial saya mengikut rentak lecturer tu. Sumpah laju macam robot! Dua jam utk dua chapter! Teramatlah mencabar untuk mengulangkaji sendiri!
Kesiankan pelajar pjj macam saya ni! Tapi tak apalah usaha tanda kejayaan!

Memang tak dinafikan saya pernah belajar subjek ini ketika mengambil diploma in banking 3 tahun lepas tapi...... alkisahnya jawapan paling mudah "study masa exam je" so. .. faham fahamlah ye. "cikkiah dah lupa"
Dengan formula konsep algebra udah berbelit otak saya. 

Sumpah sekarang saya amatlah stress menyelesaikan soalan assignment. Bertambah stress bila jawapan berbeza-beza dgn kawan-kawan. Bukan sorang tapi berorang - orang. Fikirkanlah satu soalan ada 3 jawapan yang berbeza. Udah, sapa yang betul ni! Ish, lecturer suruh bincang dgn member-member tapi kalau dah semua ajaran sesat tak guna juga! "protes dan tak puas hati" (tak pasal je kalau lect tu baca post ni, terus tolak semua marks tugasan saya) "Maaf puan ^_^" 

Sampai sini sajalah coretan yang merapu dari saya.
Semakin hari post semakin tak menarik, nak upload pics penyeri post dah malas.
Mata dah layu, tapi tak boleh tidur. Jom main game!!
bye :)