Tuesday 28 May 2013

Dapat surat dari PDRM

Assalamualaikum :)

Hati berbunga-bunga, rasa excited sangat saya ingin update blog comeyl saya ini. Sepuluh jari yang tersusun comeyl ini menari-nari tak sabar menaip setiap huruf di lappy ni :) 
See sungguh excitedkan!

Okay, nak tahu kenapa saya teramatlah gembira hari ni? Kenapa gembira, kenapa tak sedih? Tengok entri tu, surat dari PDRM! Kalau PDRM mesti kita fikir surat saman! Sumpah, saya teramatlah terkejut pada mulanya!

Okay, sebenarnya saya happy sebab PDRM bagi surat panggilan pemeriksaan fizikal utk perjawatan PDRM.  Oh! Ha! "kau dapat panggilan polis?" biar betul?

Actually, saya pun sangatlah tidak percaya kerana rupa saya ni boleh panggil, alomak! kuat nangis, kuat touching, haha yang lembik2 saya lah!

Semalam, pagi-pagi lagi, dapat panggilan yang tak dikenali. Seperti biasa, tabiat dari azali, orang call, bila angkat, saya tak akan mulakan perbualan. "Diam saja, sehingga pihak yg telefon say "hello".

Pihak IPD - hello.. hello (nada yg tegas)
saya - diam seketika - "hello" (nada yg teramat malas)
Pihak IPD - apa ni, baru bangun tidur ke ? (tegas) cik syafiqah ada?..
saya - hmm siapa ni, ha ada kenapa (malas gila nak cpt, sibuk buat kije)
Pihak IPD - saya telefon dari balai, nak bercakap dgn cik syafiqah
saya - Dengar je balai, terus, muka saya jadi serius, jantung laju gila! Dalam hati berkata, apasalah aku,pulak da balai telefon, sapa buat laporan ni, mati lah aku, aku ada buat salah ke! macam2 la saya fikir!
Pihak IPD - Ada mohon jawatan PDRM? Sila datang ambil surat temuduga di cawangan Latihan di IPD Tk Intan pagi! 
saya - terpinga-pinga, rasanya ada, baiklah, terima kasih Encik!
Pihak IPD - Datang bila ni? Datang pagi ni okay ( tegas gila)
saya - Baik, ni nak kluar la ni. Ok trmas.

Ha macam tu la perbualannya! Hahaha gelak sorang-sorang, dalam hati syukur walaupon hanya panggilan saja! belum dapat lagi tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mencuba! Timba pengalaman baru!

tiba-tiba 'throwback" perbualan lepas bersama family.

"along harap sangat along dapat kerja gov, jawatan SPM pun tak pe! Jawatan PMR pun takpe(hee, gaji sikit xpe, asalkan gov), Dapat polis kelulusan SPM pun dah alhamdulillah"
Ya Allah, masin mulut aku! 
Yakin rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah

Terus bagi sms pada mama "ma, polis panggil along". terkejut bonda saya! ingatkan saya kena tahan polis, hehe! sorry ma, buat suspen! Ma ckp alhamdulillah, ma suruh cuba nasib! (Dalam hati sebenarnya berdebar, takut sgt sbb polis, haha saya takut dgn polis).

Call abah, abah kata "abah suka saya dapat polis, tapi fikir baik-baik mampukah! tapi x pe, pergi je dulu step yang pertama ni"

Terus keluar, pergi IPD dan finally dapat lah surat itu. Kata En. polis tu, ha kalau rajin tengok lah nama kat sistem online, tak nak pun takpe! gatal tangan cari sistem online, masuk ic dan resultnya adalah seperti itu! tengok bawak!



Dalam hati tetiba teringat, dulu-dulu pernah tengok cerita orang training polis.
Macam seram
macam mencabar
menakutkan
tetiba tegak je bulu roma tengok ni!
Belom lepas ujian fizikal, dah start fikir macam tu!
terfikir juga, lepas ke ujian fizikal ni.
2 tahun sudah gagal ujian fizikal penguatkuasa JPJ sebab tangan bengkok!
hmm ada peluang ke untuk jawatan PDRM ni.
takpelah, usaha doa tawakal!
Insyaallah.

Nak pergi ke tak nak? pergi? tak? pergi? tak? confused! tapi semua bagi sokongan kata saya perlu pergi!

Teringat kata seorang kawan "aku sokong ko jadi polis! Muka kau tegas! Mesti lepas tu semua mat rempit taubat nak merempit" 
tergelak2 saya, emmmm "garang n tegas ke wajah saya" tertanya-tanya! hehehe


Dear friends : Doakan yang terbaik utk saya yea :)
Assalamualaikum :)

Wednesday 15 May 2013

lelaki dan perempuan boleh ke declare bestfriendforever?

Tetiba rasa nak tulis mengenai topik ini.. Lelaki dan perempuan boleh ke jadi bestfriendforever? Anyone kata boleh? Anyone yang kata tak boleh? Please share korang punya pendapat. For me, Qa sendiri tak tahu. Till now, Masih tercari-cari jawapannya. 

Okay kalau bercerita based on Islamic view, pergaulan antara lelaki dan perempuan ni ada batasnya. Mana boleh main redah je, even kawan baik pun still ada limitnya. Lelaki and perempuan kalau tak ada batas bila korang dah halal kat sisi Allah je. 

ouhouh back to our topic on discussion, betul ke lelaki dan perempuan boleh declare bestfriendforever?
mungkin yes mungkin no.. tapi jawapan yang lebih accurate lebih kepada No. they cannot be bestfriendforever. Percayalah! kalau ada pun sikit sangat!

*sumber : en. google

Ha, betulkah lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan rapat ?
huhu, on the reason, either one of them will fall in love with another.  it is true ? for me, it is true!! based on my experinces.

Pada saya, dalam persahabatan antara lelaki dan perempuan, normally lelaki dulu yang akan senang falling in luv berbanding dgn perempuan.. bukanlah sesaja nak condemn kaum adam ni. Tapi ni apa yang Qa nampak depan mata.

okay, see bila korang dah kawan baik, mesti korang akan share everything dengan dieorang. kalau kawan baik between perempuan. It's okay. tu pun kadang-kadang da over limit mengalahkan pasangan bercinta! setuju tak? ahhahaha tapi how come kalau bestfriend korang tu antara lelaki dan perempuan, bila korang share everything tak kan ke one fine day akan timbul perasaan lain ? ni no comment, siapa yang pernah melaluinya mungkin akan merasakannya.

normally, perempuan ni bila dia ada kawan baik lelaki, kalau dia sudah ada pasangan, she will setia pada pasangan dan pertahankan yang kawan baik dia itu cuma kawan not more than that. Tapi lain pula bagi lelaki ni, bila dia dah ada kawan baik perempuan plus kawan baiknya itu sangat menyenangkan dan always melayan baik, tak mustahil, he will falling in luv pada bestfrend dia and in the same time, mungkin boleh curang. ohmy Allah jauhkan sifat itu ok.

okay, see satu situation, lelaki n perempuan ni kawan baik dan declare as bbf, lelaki ni actually dah ada girlfriend tapi malangnya, hubungan dia ngan gf nya bermasalah. so, yang menjadi pendengar setia masalah si lelaki ini adalah bff nya. So, ibaratnya bff dia ni seperti Dr. Love la.. Do u know Dr. Love ? Dr. Love adalah bila someone dtg mengubatkan hati after someone ni putus cinta. Macam-macam cara dengan memberi nasihat, make his happy dan for surely asked him back to basic ingat Allah... Yes then lelaki tu tak sedih lagi. But! remember even orang kata doktor tak boleh jatuh cinta pada pesakitnya tp dr.cinta adalah sebaliknya. Kes sebegini selalu nya terjadi.. tak percaya? tanya pada saya... So ladies, please beware, niat kita cumaa untuk mengembirakan bff kita tapi adalah sebenarnya tindakan kita itu salah..


*sumber : en. google

ada juga kisah-kisah bff (berlainan jantina) lain :

bff --- falling in luv (lover) --- married --- eppy ever after --- applause

ada juga

bff --- falling in luv (lover) --- clash --- strangers --- huh! menyesalnya

ada juga 

bff --- luahan hati --- jauh diri --- gudbye.
ada juga

bff--- terus forever berkawan--- masing-masing dgn pilihan masing-masing ---- still bff till anak cucu
(tapi percayalah ini tersangatlah kurang)


mesti pelik bila salah sorang dari korang meluahkan isi hati korang..
tak ke rasa pelik
eeuuhh kalau kena reject mesti malu macam nak sorok muka dalam guni.
lepas tu terus gaduh-gaduh.
lepas tu bff korang entah kemana 
apa pun tak dapat.
kalau ada respon yang baik untunglah..


see boleh ke korang nak bestfrendforever... kalau one fineday, salah sorang kawen dulu, nanti sure korang akan rasa kehilangan. Plus kalau korang ni bestfrendforever yag giler-giler hari-hari ctc, texting, calling, jumpe berjimba mengalahkan couple. normally mmg pon bila korang declare bestfrendforever korang akan jadi diri korang, korang x cover diri korang, Tak macam bercinta, msti korang poyo-poyo kan control cover sini.. See tengok bila da bff ni relation korang sebenarnya lebih rapat. then bila satu hari nanti, salah sorang ada life baru, masa tu korang akan menyesal gila.. kalah putus cinta.. Yeala bila nanti salah sorang ada life lain, mesti korang dah xde lagi spend time macam dulu hari-hari calling, texting, koraang dah tak boleh nak lepak-lepak. 

Mungkin penulisan ni tak cukup padat sbb kekangan idea dan malas nak taip lagi.. so, apa pun kesimpulannya, pada saya adalah amat sukar sebenarnya korang declare bestfriendforever berlainan jantina. Ni semua adalah pendapat Qa, tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.

Okay, sampai sini saja.



Friday 10 May 2013

syukur alhamdulillah

Assalamualaikum :)

Hai semua.. ohmyAllah... lama rasanya dah x menjenguk blog kesayangan hamba ni. Bersarang sudah nampaknya.. Hee.. Maklumlah lately rasa macam malas sangat nak menaip.. Tapi, disebabkan ada sesuatu yg amat menggembirakan hati ini... Now, I want to write and share the good news dekat sini..

Okay, actually cerita ni macam dah basi la jugak. Tapi do I care, nak cerita juga.. Firstly, syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas pemberianMu...

9/5/2013 - Hari yang dinantikan, tersangatlah berdebar. Rasa ingin tercabut jantung ini menunggunya. Online dekat Ined inform that result akan keluar jam 9.00pagi 9/5/3013 melalui email or check di student portal. Okay hampir-hampir pukul 9.00pagi dengan perasaan penuh excited dan keseraman kegatalan tangan makin menjadi-jadi..Pergi log in email.. OhmyAllah, see ada email dari uitm. Lajulaju klik tengok result..
*
**
***
****
*****
****
***
**
*

tergamam, terkedu, terkaku
tetiba mata jadi panas 
mengalir mutiara ke pipi
Terima kasih ya Allah
sujud syukur Qa masa tu..

Mungkin result Qa tidak segempak orang lain.
Tapi for me itu da cukup gempak utk Qa yg malas studi ni.
Alhamdulillah.

-
------
---
---
----
---
---
-

Masih x percaya dengan result tu, laju-laju pergi check dekat student portal..
sekali lagi Qa zoom result tu..
rasanya berkali-kali tengok result tu.
bkan apa sebab x percaya.
yes memang x percaya sangat tak percaya...
yup, ternyata itu adalah result Qa..

Lajulaju capai handphone n update bbmstatus, eh bukan!!
capai handphone call ma n abah.. 
Mereka heppy ...Aku heppy kerana buat mereka eppy.


Alhamdulillah sekali lagi.
Thanks to my parents and family, kawan-kawan yang sentiasa support.
Thanks to pada someone yang mencabar saya..
To someone tu :) see I got it. even sekarang awak bukan dengan saya lagi. Tapi saya dah sahut cabaran awak. Walaupon awak jahat, thanks sebab selamani bagi semangat pada saya. :( 

Salam.