Tuesday, 28 May 2013

Dapat surat dari PDRM

Assalamualaikum :)

Hati berbunga-bunga, rasa excited sangat saya ingin update blog comeyl saya ini. Sepuluh jari yang tersusun comeyl ini menari-nari tak sabar menaip setiap huruf di lappy ni :) 
See sungguh excitedkan!

Okay, nak tahu kenapa saya teramatlah gembira hari ni? Kenapa gembira, kenapa tak sedih? Tengok entri tu, surat dari PDRM! Kalau PDRM mesti kita fikir surat saman! Sumpah, saya teramatlah terkejut pada mulanya!

Okay, sebenarnya saya happy sebab PDRM bagi surat panggilan pemeriksaan fizikal utk perjawatan PDRM.  Oh! Ha! "kau dapat panggilan polis?" biar betul?

Actually, saya pun sangatlah tidak percaya kerana rupa saya ni boleh panggil, alomak! kuat nangis, kuat touching, haha yang lembik2 saya lah!

Semalam, pagi-pagi lagi, dapat panggilan yang tak dikenali. Seperti biasa, tabiat dari azali, orang call, bila angkat, saya tak akan mulakan perbualan. "Diam saja, sehingga pihak yg telefon say "hello".

Pihak IPD - hello.. hello (nada yg tegas)
saya - diam seketika - "hello" (nada yg teramat malas)
Pihak IPD - apa ni, baru bangun tidur ke ? (tegas) cik syafiqah ada?..
saya - hmm siapa ni, ha ada kenapa (malas gila nak cpt, sibuk buat kije)
Pihak IPD - saya telefon dari balai, nak bercakap dgn cik syafiqah
saya - Dengar je balai, terus, muka saya jadi serius, jantung laju gila! Dalam hati berkata, apasalah aku,pulak da balai telefon, sapa buat laporan ni, mati lah aku, aku ada buat salah ke! macam2 la saya fikir!
Pihak IPD - Ada mohon jawatan PDRM? Sila datang ambil surat temuduga di cawangan Latihan di IPD Tk Intan pagi! 
saya - terpinga-pinga, rasanya ada, baiklah, terima kasih Encik!
Pihak IPD - Datang bila ni? Datang pagi ni okay ( tegas gila)
saya - Baik, ni nak kluar la ni. Ok trmas.

Ha macam tu la perbualannya! Hahaha gelak sorang-sorang, dalam hati syukur walaupon hanya panggilan saja! belum dapat lagi tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk mencuba! Timba pengalaman baru!

tiba-tiba 'throwback" perbualan lepas bersama family.

"along harap sangat along dapat kerja gov, jawatan SPM pun tak pe! Jawatan PMR pun takpe(hee, gaji sikit xpe, asalkan gov), Dapat polis kelulusan SPM pun dah alhamdulillah"
Ya Allah, masin mulut aku! 
Yakin rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah

Terus bagi sms pada mama "ma, polis panggil along". terkejut bonda saya! ingatkan saya kena tahan polis, hehe! sorry ma, buat suspen! Ma ckp alhamdulillah, ma suruh cuba nasib! (Dalam hati sebenarnya berdebar, takut sgt sbb polis, haha saya takut dgn polis).

Call abah, abah kata "abah suka saya dapat polis, tapi fikir baik-baik mampukah! tapi x pe, pergi je dulu step yang pertama ni"

Terus keluar, pergi IPD dan finally dapat lah surat itu. Kata En. polis tu, ha kalau rajin tengok lah nama kat sistem online, tak nak pun takpe! gatal tangan cari sistem online, masuk ic dan resultnya adalah seperti itu! tengok bawak!



Dalam hati tetiba teringat, dulu-dulu pernah tengok cerita orang training polis.
Macam seram
macam mencabar
menakutkan
tetiba tegak je bulu roma tengok ni!
Belom lepas ujian fizikal, dah start fikir macam tu!
terfikir juga, lepas ke ujian fizikal ni.
2 tahun sudah gagal ujian fizikal penguatkuasa JPJ sebab tangan bengkok!
hmm ada peluang ke untuk jawatan PDRM ni.
takpelah, usaha doa tawakal!
Insyaallah.

Nak pergi ke tak nak? pergi? tak? pergi? tak? confused! tapi semua bagi sokongan kata saya perlu pergi!

Teringat kata seorang kawan "aku sokong ko jadi polis! Muka kau tegas! Mesti lepas tu semua mat rempit taubat nak merempit" 
tergelak2 saya, emmmm "garang n tegas ke wajah saya" tertanya-tanya! hehehe


Dear friends : Doakan yang terbaik utk saya yea :)
Assalamualaikum :)

5 comments:

nida zin said...

wahh,,best2...ckup syarat g je... mana tau de rezeki..kalau nida mmg xla... tinggi xckup..kihkih

syafiqah hazeera said...

:) heee baru panggil je belom dpt:)
neves..

Mizz Aiza said...

tahniah.. semoga dapat jawatan tu, insya-Allah.. :D

Illa Fadzil said...

bila date ujian fizikal tu? :)good luck..

Anonymous said...

http://eekshop.com
Osteoporosis and your teeth