Sunday 21 September 2014

surat untuk bakal jodoh yang saya sendiri tidak tahu siapa

Saya tak tahu nama awak. Saya tak tahu apa awak tengah buat sekarang. Saya tak tahu kalau saya kenal awak ke tak. Yelah saya ni bukan tahu semua benda. Allah je yang Maha Mengetahui.Saya tak tahu apa perasaan awak kat saya dan bagaimana reaksi awak nanti bila tahu saya ni bakal isteri.


Dear bakal suami, andai kata awak sedang membaca, antara ramai-ramai tu awak seorang je yang akan jadi suami saya. Saya tak tahu bila tarikh tu akan tiba, tapi saya tahu waktu tu mesti saya gembira. Tak kiralah siapa pun awak kerana hari itu hari untuk saya melengkap sebahagian dari iman saya. Hari saya dilepaskan keluarga dan tinggal dibawah jagaan awak. 

Untuk itu bakal suami, saya akan cuba mempersiapkan diri. Saya akan jaga diri saya supaya nanti bila saya jadi isteri, awak takkan kecewa. Saya akan cuba tuntut lagi ilmu dunia dan pastinya saya akan terus menuntut ilmu akhirat supaya kelak bila kita kahwin, kerja awak untuk bimbing saya takkan terlalu berat. Tapi janganlah biar saya sorang-sorang. Awak pun belajarlah baiki diri.Nanti awak kena jadi imam untuk saya, untuk anak-anak. Nanti kalau anak kita tanya apa-apa, takdelah awak terpinga-pinga. Kalau boleh biarlah kita sama-sama ajar anak-anak mengaji. Kalau saya jadi api, saya minta awak jadilah air yang memadamkan api.



Dear bakal suami, banyak sangat ke saya minta? Kalau boleh kita kahwin nanti tak perlulah terlalu mewah dan gah. Bukan saya tak mahu, itu impian setiap wanita. Tapi biarlah duit tu nanti kita guna untuk keperluan kita yang baru berkeluarga. Orang kata duit tu kalau boleh janganlah habis di pelamin tapi berjimatlah ke lampin. Saya taknaklah kita mewah-mewah tapi untuk anak nanti kita kesempitan. Saya harap bila kita dah kahwin, kewangan kita stabil. Kalau kita kahwin dalam keadaan miskin pun setidaknya kita dah tunaikan apa yang wajib. Allah pasti menolong hamba-Nya yang melakukan segala-galanya kerana Dia.

Dear bakal suami, saya harap keluarga awak akan terima saya dengan besar hati. Bukan apa, saya ni kadang-kadang kalut sikit buat kerja. Tapi saya boleh jamin, saya akan jaga rumah, makan pakai awak dengan baik sekali. Pastinya saya juga akan jadi ibu terbaik. Dan seharusnya saya nak jadi menantu, adik ipar, kakak ipar, dan biras yang disenangi ramai. Kalau boleh setiap hari tu ingatkanlah saya untuk sentiasa mengingati Tuhan. Jangan biar saya hanyut. Jangan biar saya buat awak menanggung dosa. 

Last but not least bakal suami, sebenarnya banyak lagi saya nak bagitahu, tapi biarlah saya cakap yangsaya tak sabar nak tahu siapa awak. Moga Allah takdirkan yang terbaik buat saya, dan buat kita berdua. Moga saya jadi bidadari awak di syurga (:

Monday 8 September 2014

harta dunia kedua

assalamualaikum :)
duhai blog yg sepi sunyi tanpa reader mungkin hari ni aku nak update post...
mengabadikan kenangan memiliki sesuatu yg amatlah aku sayang..
bukan bernyawa dan berjasad, ia semua objek robot yg memberi bakti kepada aku semalam hari ini esok dan seterusnya hari mendatang....
kalaulah sesuatu benda itu kita dapat hasil usaha sendiri tahulah korang macam mana seronoknya...
dan aku dah merasainya dalam hidup ini.. pertama sekali benda yg mahal aku miliki atas nama sendiri adalah motor ex5. motor ni aku beli masa bekerja di intra harta.. alhamdullilah terima kasih ya Allah atas rezekimu dan harta kedua dunia yg paling mahal aku miliki sekarang adalah mr.ozzylicious aku tu... ya Allah betapa Allah saja yg tahu, betapa aku gembira sebab aku tak percaya aku berjaya milikinya... mr.ozzylicious declare di tangan aku 4 hari sebelum hari raya aidilfitri 2014... bernombor pendaftaran AJU 18**
dulu dulu masa sekolah myvi baru keluar, pergh berangan mintak abah beli myvi.. mau abah belikan? memang tak lah kan.. tengok je kereta orang.... lepas tu dah kerja masih x mampu lagi berkereta, tengok kereta orang pakai myvi cemburu sangat sampi cakap bilalah aku boleh beli myvi.. mahal sangat mesti x mampu beli sampi kesudah....Masa tu kereta pertama aku adalah saga aeroback tu pon dah cukop bangga bersyukur sbb ada kereta.. takkan aku lupa jasamu WGR 85**
tapi Allah tu baik, perancangan dia hebat.. sebelum ini aku sendiri cakap aku x kan memiliki sebuah myvi tapii siapa tahu rahsia Allah. syukur atas nikmatmu... yea aku memilikinya.....
berharap mr. ozzylicious akan terus berkhidmat dgn saya...hehe orang lain berdating dgn boyfrend aku dating dgn kerete la dulu ye...
alhamdulillah 😍

Sunday 7 September 2014

throw back - dilamar oleh uitm

assalamualaikum
dah lama tak merepek meraban dalam blog ni.. btw merepek meraban pun bukan ada yang kisah pun.. it's just a suka suka blog.. blog syok sendiri.. tak de readers mungkin...
ouh ye.. terasa bosan sgt malam ni.. so macam nak menaip cerita kosong .. cerita yang dah basi.. tapi pada aku... ia satu benda yang aku hargai sangat sangat sebab susah sangat nak dapat.. usaha dah jenuh hasil tak kunjung tiba.. mungkin rezeki belum menyinggah . sekali dapat memang tak kata apa lagi.. hati seronok macam nak melompat lompat...
hehe okey cukup merepek.. actually just nak mengabdikan kenangan dilamar oleh uitm... dilamar menjadi staf uitm... alhamdulillah usaha kali ini tidak sia sia..
masa tu aku dah bekerja di perangkaan teluk intan tapi just pekerja sambilan harian je la gaji hari... time tu baru sebulan join perangkaan seronok dapat kawan kawan baru... satu hari dapat ma abah call banyak kali tapi masa tu tengah meeting... tak sangka lah pulak ma call terus office perangkaan.. so sumpah suspen.. kenapa cari sampai ke opis.. asa benda kurang sedang didengari berlaku ke.....
so terus call ma balik, ma cakap along kamu dapat kerja dekat uitm.. ya Allah.. masa tu rasa nak menjerit, nak menangis..sedih gembira semua ada....
alhamdulillah..syukur ya Allah...
so aku decide untuk lapor diri pada 16hb april 2014.... since that, aku adalah staf uitm perak kampus tapah....
first day, lapor diri satu suasana janggal telah berlaku pada diri ini... sumpah rasa tak selesa untuk bawa diri di tempat baru...
dan sekarang sudah hampir 5 bulan aku berkhidmat untuk uitm.. alhamdulillah syukur ya Allah .. aku dah boleh menyesuaikan diri di sini.. dan dah jatuh cinta dengan suasana di kampus... dan insyaallah uitm dihati....
❤❤❤