Sunday 21 September 2014

surat untuk bakal jodoh yang saya sendiri tidak tahu siapa

Saya tak tahu nama awak. Saya tak tahu apa awak tengah buat sekarang. Saya tak tahu kalau saya kenal awak ke tak. Yelah saya ni bukan tahu semua benda. Allah je yang Maha Mengetahui.Saya tak tahu apa perasaan awak kat saya dan bagaimana reaksi awak nanti bila tahu saya ni bakal isteri.


Dear bakal suami, andai kata awak sedang membaca, antara ramai-ramai tu awak seorang je yang akan jadi suami saya. Saya tak tahu bila tarikh tu akan tiba, tapi saya tahu waktu tu mesti saya gembira. Tak kiralah siapa pun awak kerana hari itu hari untuk saya melengkap sebahagian dari iman saya. Hari saya dilepaskan keluarga dan tinggal dibawah jagaan awak. 

Untuk itu bakal suami, saya akan cuba mempersiapkan diri. Saya akan jaga diri saya supaya nanti bila saya jadi isteri, awak takkan kecewa. Saya akan cuba tuntut lagi ilmu dunia dan pastinya saya akan terus menuntut ilmu akhirat supaya kelak bila kita kahwin, kerja awak untuk bimbing saya takkan terlalu berat. Tapi janganlah biar saya sorang-sorang. Awak pun belajarlah baiki diri.Nanti awak kena jadi imam untuk saya, untuk anak-anak. Nanti kalau anak kita tanya apa-apa, takdelah awak terpinga-pinga. Kalau boleh biarlah kita sama-sama ajar anak-anak mengaji. Kalau saya jadi api, saya minta awak jadilah air yang memadamkan api.



Dear bakal suami, banyak sangat ke saya minta? Kalau boleh kita kahwin nanti tak perlulah terlalu mewah dan gah. Bukan saya tak mahu, itu impian setiap wanita. Tapi biarlah duit tu nanti kita guna untuk keperluan kita yang baru berkeluarga. Orang kata duit tu kalau boleh janganlah habis di pelamin tapi berjimatlah ke lampin. Saya taknaklah kita mewah-mewah tapi untuk anak nanti kita kesempitan. Saya harap bila kita dah kahwin, kewangan kita stabil. Kalau kita kahwin dalam keadaan miskin pun setidaknya kita dah tunaikan apa yang wajib. Allah pasti menolong hamba-Nya yang melakukan segala-galanya kerana Dia.

Dear bakal suami, saya harap keluarga awak akan terima saya dengan besar hati. Bukan apa, saya ni kadang-kadang kalut sikit buat kerja. Tapi saya boleh jamin, saya akan jaga rumah, makan pakai awak dengan baik sekali. Pastinya saya juga akan jadi ibu terbaik. Dan seharusnya saya nak jadi menantu, adik ipar, kakak ipar, dan biras yang disenangi ramai. Kalau boleh setiap hari tu ingatkanlah saya untuk sentiasa mengingati Tuhan. Jangan biar saya hanyut. Jangan biar saya buat awak menanggung dosa. 

Last but not least bakal suami, sebenarnya banyak lagi saya nak bagitahu, tapi biarlah saya cakap yangsaya tak sabar nak tahu siapa awak. Moga Allah takdirkan yang terbaik buat saya, dan buat kita berdua. Moga saya jadi bidadari awak di syurga (:

No comments: