Thursday 31 December 2015

berjaya temuduga Pegawai Imigresen KP17


Hai semua. Oakay last post aku share tentang lulus ujian fizikal kemasukan Pegawai Imigrsen KP17 dan melayakkan aku di temuduga. Disitu juga aku ada share kan pengalaman interview. So, seperti yang dijanjikan oleh pihak SPA, result akan diumumkan pada 21 Disember 2015.

So hari yang ditunggu tunggukan telah tiba. Dari pagi aku refresh web result tu tau. Excited! Around pukul 3 lebih tu aku dapat buka.

Resultnya....

alhamdullillah! 
First sekali aku nampak perkataan, "Tahniah, anda Berjaya temuduga...."
Allahu.. syukur alhamdulillah perasaan aku masa tu tak dapat digambarkan betapa eppy nya.
Nak nangis pun ada. Syukur sangat sangat.
Finally rezeki berpihak pada aku setelah sekian lama berkali kali turun naik SPA interview.
Betul kata orang, pahit akan ada manisnya kemudiaan.

Okay, after a week, aku dapat tau penempatan.
OMG!!! terkejut amat aku.
Aku diletakkan di jabatan Imigresen JOHOR.
Nangis!!!
Jauh!

Bukan aku tak biasa merantau dan jauh dari keluarga. Tapi aku ni masih ada 10 bulan pengajian dgn UiTM. Aku buat PJJ (pengajiaan JArak Jauh di UITM) Sayangnya nak menangguh pengajiaan.
Pening !

Mahu tak mahu hidup mestikan pengorbanan. 
Tawaran bekerja pun penting.
Allah sukarnya buat pilihan. Jom istikarah!

Eh, ada sesiapa berjaya iv imigresen nak join group whatsap calon berjaya iv imigresen?
Whatsapp 013 4868088


okay bye

Tuesday 29 December 2015

Lulus fizikal imigresen dan berjaya temuduga imigresen kp17


Hai semua. Okay cerita dah lapuk tapi nak juga update! Last month 19 November 2015, Khamis aku hadiri ujian fizikal imigresen kp17. Alhamdulillah lulus ujian. Tak sangka! Aku orang first masuk check fizikal. Firstly sukat tinggi timbang berat. Kira BMI. Lepas semua syarat limit bmi terus next step check badan tgn kaki lompat lompat sikit check mata. Kena kawad jalan biasa. Part ni mmg stress. Aku ni tak pandai kawad. Kawad pun huru hara. Bersepah! Lama duk dalam bilik tu. Dah calon yg ke 5 settle(mereka failed berat n tinggi) pun aku tak keluar lagi.  Finally Alhamdulillah pegawai tu bagi surat datang temuduga keesokan harinya. Ini temuduga lisan.
Alhamdulillah syukur!

Esoknya excited awal awal aku keluar sampai pukul 7.30 pagi. Yes mcm semalam(ujian fizikal) aku lah calon pertama sampai. Okay naik opis spa. Sampai je terkejut aku hanya 3 orang shj yg layak interview(lulus fizikal). 

Okay, aku calon first di temuduga! Omg Allahu sumpah nervous kali ini lain macam sangat! Mmg aku shaking teruk. 2 org panel yg iv aku. Seorang pegawai dari imi. Seorang lagi pegawai spa x silap aku. Gerun babe tengok wajah mereka!

First kenal diri. Aku ceritalah itu ini. Okay next start soalan soalan mencabar. Yes!! Mencabar. Berbeza sgt soalan aku iv pembantu tadbir operasi  n pt kewangan. Soalan semua berkisarkan imigresen. 
1. Nyatakan objektif imigrsen
2. Nyatakan fungsi jab. Imigrsen
3. Berikan nama pintu sempadan yg diwarta udara darat air
4. Apa tugas pegawai imigresen
5. Apa yg perlu buat menbeteras PaTI.
Soalan2 ni kalau tak baca memang perit nak jawab aku yg studi pun haru biru dlm bilik tu menjawab nya. Soalan2 ni ditny oleh panel dr jab. imigresen

Iv dgn pegawai spa ni sgt lah tertekan!
Soalan nya simple tapi dia cuba cri salah sampai kita x mampu nak jawap.

Dia tny kenapa mohon jawatan ni sedangkan jawatan ni pilihan yg ke6 isi dlm form spa?
Kenapa nak kerja dgn kerajaan?
Tak pernah ade rekod menyertai mana2 badan uniform masa sekolah. Minat ke kawad bagai. Part ni mmg aku x de jwapan. So aku jujur lah cakap mmg x pernah join mana2 pon. Masa skola dulu join puteri islam je. 
Part last sekali aku suka! Dia suruh aku speaking omputeh. Buat je tajuk apa apa! Dia nak tengok pontensi aku speaking. Time ni mmg aku nervous. Tp alhamdulillah. Aku mampu speaking dgn baik. 

Lastly both pegawai tny nak ckp apa apa b4 balik. So aku pun cakap lah sungguh2 aku berharap ada peluang aku dapat jawatan ni. Kalau x nak bg jawatan ni pun. Bagi la jwatan yg aku dpt simpanan tu tukar status tetap. Dieorang gelak! Aku pun ckp thnks sebab bagi peluang aku hadiri iv hari ini.

Tapi yg aku x leh lupa pegawai tu cakap, bertenang kami tak makan orang jgn lah takut. Kita sembang sembang ja.  Hahahha nampak noo nye aku ketaq shaking kat situ.. bajang iv kali ni lain mcm sungguh! Padahal turun naik iv SPA dah byk kali jemah oi!!!.

Okay!! Result?? Nantikan next update okay. Bye :) :)