Friday, 25 September 2015

Final Exam tiba lagi

Lama sudah tidak menulis disini. Sejak zaman semakin moden canggih pelbagai aplikasi dah diperkenalkan, aku semakin teruju update di instagram. 
Belek-belek blog ni terasa mahu menulis semula.
Berbulan-bulan juga lamanya, blog ini dilupakan. 
Dah cukup intro, aku nak mula menulis.
Sedar tak sedar, final exam datang lagi.
Maka, ini bermakna pengajian aku berbaki 2 semester lagi menuju ke garisan penamatnya.
Moga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Allah, rasa cepat masa berlalu.
Setiap kali final exam, setiap kali itulah aku mengeluh
Mengeluh carry marks yang sedikit. Kawan2 marah, kata mereka carry marks tinggi pun cakap sikit, masih x bersyukur! (Allah, x bersyukurkah aku, Mengucap panjang, tersedar!)
Mengeluh tak tahu nak study apa (Salah sendiri lasat min. studi)
Mengeluh. Mengeluh saja kerjanya
Kadang2 kita tau cara kita itu silap tapi itulah kita manusia tak pernah mahu positif
sesungguhnya kata kata negetif itu akan membunuh kita.
Sentiasalah berkata dan berpikir positif supaya segala charge positif mengalir dalam diri. (peringatan utk diri sendiri)
tersentap banyak aku bila baca dan dengar motivasi Prof Dr. Muhaya. Alhamdulillah byk buat aku tersedar supaya sentiasa positif.
moga semester ini keputusan peperiksaan akhir baik cemerlang dan memuaskan seperti semester semester lepas. Alhamdulillah setiap sem keputusan aku berada di dalam zon yang amat selesa.
Moga kali ni lebih baik dan maintain. InsyaAllah.