Hai semua. Oakay last post aku share tentang lulus ujian fizikal kemasukan Pegawai Imigrsen KP17 dan melayakkan aku di temuduga. Disitu juga aku ada share kan pengalaman interview. So, seperti yang dijanjikan oleh pihak SPA, result akan diumumkan pada 21 Disember 2015.
So hari yang ditunggu tunggukan telah tiba. Dari pagi aku refresh web result tu tau. Excited! Around pukul 3 lebih tu aku dapat buka.
Resultnya....
alhamdullillah!
First sekali aku nampak perkataan, "Tahniah, anda Berjaya temuduga...."
Allahu.. syukur alhamdulillah perasaan aku masa tu tak dapat digambarkan betapa eppy nya.
Nak nangis pun ada. Syukur sangat sangat.
Finally rezeki berpihak pada aku setelah sekian lama berkali kali turun naik SPA interview.
Betul kata orang, pahit akan ada manisnya kemudiaan.
Okay, after a week, aku dapat tau penempatan.
OMG!!! terkejut amat aku.
Aku diletakkan di jabatan Imigresen JOHOR.
Nangis!!!
Jauh!
Bukan aku tak biasa merantau dan jauh dari keluarga. Tapi aku ni masih ada 10 bulan pengajian dgn UiTM. Aku buat PJJ (pengajiaan JArak Jauh di UITM) Sayangnya nak menangguh pengajiaan.
Pening !
Mahu tak mahu hidup mestikan pengorbanan.
Tawaran bekerja pun penting.
Allah sukarnya buat pilihan. Jom istikarah!
Eh, ada sesiapa berjaya iv imigresen nak join group whatsap calon berjaya iv imigresen?
Whatsapp 013 4868088
okay bye
Hai semua. Okay cerita dah lapuk tapi nak juga update! Last month 19 November 2015, Khamis aku hadiri ujian fizikal imigresen kp17. Alhamdulillah lulus ujian. Tak sangka! Aku orang first masuk check fizikal. Firstly sukat tinggi timbang berat. Kira BMI. Lepas semua syarat limit bmi terus next step check badan tgn kaki lompat lompat sikit check mata. Kena kawad jalan biasa. Part ni mmg stress. Aku ni tak pandai kawad. Kawad pun huru hara. Bersepah! Lama duk dalam bilik tu. Dah calon yg ke 5 settle(mereka failed berat n tinggi) pun aku tak keluar lagi. Finally Alhamdulillah pegawai tu bagi surat datang temuduga keesokan harinya. Ini temuduga lisan.
Alhamdulillah syukur!
Esoknya excited awal awal aku keluar sampai pukul 7.30 pagi. Yes mcm semalam(ujian fizikal) aku lah calon pertama sampai. Okay naik opis spa. Sampai je terkejut aku hanya 3 orang shj yg layak interview(lulus fizikal).
Okay, aku calon first di temuduga! Omg Allahu sumpah nervous kali ini lain macam sangat! Mmg aku shaking teruk. 2 org panel yg iv aku. Seorang pegawai dari imi. Seorang lagi pegawai spa x silap aku. Gerun babe tengok wajah mereka!
First kenal diri. Aku ceritalah itu ini. Okay next start soalan soalan mencabar. Yes!! Mencabar. Berbeza sgt soalan aku iv pembantu tadbir operasi n pt kewangan. Soalan semua berkisarkan imigresen.
1. Nyatakan objektif imigrsen
2. Nyatakan fungsi jab. Imigrsen
3. Berikan nama pintu sempadan yg diwarta udara darat air
4. Apa tugas pegawai imigresen
5. Apa yg perlu buat menbeteras PaTI.
Soalan2 ni kalau tak baca memang perit nak jawab aku yg studi pun haru biru dlm bilik tu menjawab nya. Soalan2 ni ditny oleh panel dr jab. imigresen
Iv dgn pegawai spa ni sgt lah tertekan!
Soalan nya simple tapi dia cuba cri salah sampai kita x mampu nak jawap.
Dia tny kenapa mohon jawatan ni sedangkan jawatan ni pilihan yg ke6 isi dlm form spa?
Kenapa nak kerja dgn kerajaan?
Tak pernah ade rekod menyertai mana2 badan uniform masa sekolah. Minat ke kawad bagai. Part ni mmg aku x de jwapan. So aku jujur lah cakap mmg x pernah join mana2 pon. Masa skola dulu join puteri islam je.
Part last sekali aku suka! Dia suruh aku speaking omputeh. Buat je tajuk apa apa! Dia nak tengok pontensi aku speaking. Time ni mmg aku nervous. Tp alhamdulillah. Aku mampu speaking dgn baik.
Lastly both pegawai tny nak ckp apa apa b4 balik. So aku pun cakap lah sungguh2 aku berharap ada peluang aku dapat jawatan ni. Kalau x nak bg jawatan ni pun. Bagi la jwatan yg aku dpt simpanan tu tukar status tetap. Dieorang gelak! Aku pun ckp thnks sebab bagi peluang aku hadiri iv hari ini.
Tapi yg aku x leh lupa pegawai tu cakap, bertenang kami tak makan orang jgn lah takut. Kita sembang sembang ja. Hahahha nampak noo nye aku ketaq shaking kat situ.. bajang iv kali ni lain mcm sungguh! Padahal turun naik iv SPA dah byk kali jemah oi!!!.
Okay!! Result?? Nantikan next update okay. Bye :) :)
Dari hari ke hari, semakin ramai orang yang rapat dengan kita especially kawan meninggalkan kita. (Bukan mati, tapi melupakan/ sibuk dengan urusan masing-masing). Hari ke hari, terasa seperti kehilangan, dulu apa saja mesti ada kawan disisi, tapi sekarang semua sendiri. Kalau dulu, sikit2 ada cerita, laju2 share dengan kawan- kawan, tapi sekarang masing-masing senyap dan memilih utk berdiam. (Faham, masing-masing dah ada life sendiri.)
Dulu-dulu kita saling memerlukan. Tapi bila makin meningkat usia, ada yang telah berkahwin, kehidupan lebih fokus pada keluarga. Ada yang sudah bertunang, semasa ini persahabatan mmg teruji, bila kawan kita akan lebihkan tunang dan kemana-mana bersam tunang. Like kawan yang kau perlukan dulu kesana kesini, mcm dah xde fungsi(ye aku faham situasi itu).
Tapi aku tak pernah salahkan semua itu sebab yes macam aku cakap kita dah ada life masing masing.
Ok aku dah merepek apa ni, actually aku nak cerita benda lain. Mungkin pada aku kini jalan terbaik aku bercerita, adalah di laman ini.
Ok back to main point.
Kata orang jangan mudah meluahkan sayang. Jangan terlalu murah dengan perkatan sayang. Dan pada aku, sayang itu mahal. Tak selayaknya diucap sesuka hati jika tidak bermaksudkan.
Dear blog, pagi ini aku nak share something. Sebuah cerita yang sangat klishe mungkin, atau sebuah cerita yang tersangatlah muak untuk didengari.
Kisah seorang yang sering kali memanggil aku "sayang"
Dia ya dia sering kali memanggil aku sayang.
Tapi ternyata kami tiada apa apa special relation, sekadar kawan.
Cuma aku tertanya, maksud "sayang" mu itu apa ?
Lama sudah tidak menulis disini. Sejak zaman semakin moden canggih pelbagai aplikasi dah diperkenalkan, aku semakin teruju update di instagram.
Belek-belek blog ni terasa mahu menulis semula.
Berbulan-bulan juga lamanya, blog ini dilupakan.
Dah cukup intro, aku nak mula menulis.
Sedar tak sedar, final exam datang lagi.
Maka, ini bermakna pengajian aku berbaki 2 semester lagi menuju ke garisan penamatnya.
Moga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Allah, rasa cepat masa berlalu.
Setiap kali final exam, setiap kali itulah aku mengeluh
Mengeluh carry marks yang sedikit. Kawan2 marah, kata mereka carry marks tinggi pun cakap sikit, masih x bersyukur! (Allah, x bersyukurkah aku, Mengucap panjang, tersedar!)
Mengeluh tak tahu nak study apa (Salah sendiri lasat min. studi)
Mengeluh. Mengeluh saja kerjanya
Kadang2 kita tau cara kita itu silap tapi itulah kita manusia tak pernah mahu positif
sesungguhnya kata kata negetif itu akan membunuh kita.
Sentiasalah berkata dan berpikir positif supaya segala charge positif mengalir dalam diri. (peringatan utk diri sendiri)
tersentap banyak aku bila baca dan dengar motivasi Prof Dr. Muhaya. Alhamdulillah byk buat aku tersedar supaya sentiasa positif.
moga semester ini keputusan peperiksaan akhir baik cemerlang dan memuaskan seperti semester semester lepas. Alhamdulillah setiap sem keputusan aku berada di dalam zon yang amat selesa.
Moga kali ni lebih baik dan maintain. InsyaAllah.