Tuesday, 26 February 2013

Apa itu schizophrenia?

Assalamualaikum dan selamat siang semua :) 

dah baca tajuk entri Qa kali ini?
apa itu schizophrenia?
pernahkah anda dengar perkataan tu..
mungkin ramai yg dah tahu apa itu schizophrenia..
dan mungkin juga yang tak tahu apa tu
*
*
*
tergerak hati Qa nak post entri ni...
okeh jom...
layan..fakta ni...
*
*
*


Schizophrenia atau skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yg kritikal.Pesakit yg mengalami penyakit ini boleh mendengar suara yg tidak dapat didengar oleh orang lain.mereka juga merasakan orang lain boleh mendengar hati dan membaca fikiran mereka..Keadaan ni dapat membangkitkan kemarahan,kebingungan dan ketakutan kepada pesakit.
Kebiasaannya mereka yg mengidap penyakit ini lebih suka menyendiri..tiada ramai kawan..
kadar penghidap penyakit itu adalah kecil iaitu cuma satu peratus atau seorang dalam 100 orang.
penyakit itu boleh dapat pada sebarang usia tetapi biasanyanya bermula pada usia remaja atau awal usia dewasa.Kadar skizofrenia adalah sama antara orang lelaki dan wanita. Tetapi.kaum lelaki bermula lebih awal, iaitu peringkat remaja manakala wanita boleh mengalami pada umur 20-an.Penghidap skizofrenia akan mengalami masalah dalam kehidupannya, bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi membabitkan keluar keluarga, kawan-kawan serta pekerjaan juga terjejas.Biasanya, pesakit skizofrenia dikaitkan dengan pelbagai gambaran negatif seperti orang gila, berbahaya, dirasuk atau liar.
Namun ada antara mereka yang mempunyai cara berfikir yang unik dan mereka bagus dalam bidang seni seperti lukisan dan mempunyai keistimewaan dalam bidang bahasa dan sangat bagus dalam meluahkan perasaan........
!

!

!
Faktor yang menyebabkan penyakit ini ialah
  • keterunan
  • semasa lahir
  • ketidaknormalan sisterm saraf otak
  • personaliti
  • sikap keluarga
  • penyalahgunaan dadah
  • biokimia
  • persekitaran


Namun jgn risau kini penyakit ini dapat dirawat dan pesakitnya boleh pulih serta hidup seperti orang normal termasuk belajar, bekerja dan berfungsi sebagai ahli keluarga yang berguna.
Antara kaedah rawatan ialah melalui pengambilan ubat-ubatan, terapi percakapan atau terapi individu, terapi keluarga/berkumpulan serta pendidikan gangguan psikiatri.
*
*
*
tu serba sedikit tentang penyakit ni yg dapt Qa kongsikan..
opss..mereka bukan gila..
tetapi mereka sakit...
Qa berani cakap macam tu sebab Qa pernah berhadapan dgn mereka yang menghidap penyakit ini..dan sering kali berurusan dgn mereka..
bahaya ke mereka?
tidak lah..kita perlulah memahami keadaan mereka..
jaga hati mereka..jangan buat meraka terasa..
adakala..kita tidak berkata apa mengenai mereka..
tetapi mereka merasakan kita mengata atau berkata tentang mereka..
kita perlu bagi sokongan pada mereka utk terus hidup normal..
bukan menghina mereka..
Mereka juga berhak merasakan kehidupan yg bahagia dan normal!

sampai sini, coretan tengah hari ni! bye
takecare

1 comment:

Ayishscha Hamdan said...

wah nampaknya dy sudah entry pasal nie . . :)
ingat nak buat jugak post pasal nie . .